Simple Search:

Budaya Melayu: transformasi gaya komunikasi daripada budaya konteks rendah kepada budaya konteks tinggi


Citation

Ali Haidzir, Norliana and Bolong, Jusang and Tamam, Ezhar (2014) Budaya Melayu: transformasi gaya komunikasi daripada budaya konteks rendah kepada budaya konteks tinggi. Pertanika MAHAWANGSA, 1 (1). pp. 85-99. ISSN 2289-7259

Abstract / Synopsis

Masyarakat antarabangsa daripada negara budaya konteks rendah yang datang ke Malaysia mempunyai gaya komunikasi yang berbeza dengan masyarakat tempatan. Gaya komunikasi budaya konteks rendah mereka boleh kekal atau berubah kepada budaya konteks tinggi semasa berada di Malaysia. Kajian ini bertujuan meneroka perubahan gaya komunikasi individu daripada budaya konteks rendah kepada gaya komunikasi budaya konteks tinggi selepas berada 6 bulan di Malaysia. Kaedah tinjauan telah dijalankan menerusi pengedaran borang soal selidik kepada responden di sekitar Lembah Klang.Sejumlah 122 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Pemilihan responden ini menggunakan teknik persampelan bertujuan. Selepas enam bulan berada di Malaysia, didapati gaya komunikasi sesetengah individu daripada negara budaya konteks rendah telah mengalami perubahan kepada gaya komunikasi budaya konteks tinggi. Ujian-T Berpasangan menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam perubahan gaya komunikasi individu yang berbudaya konteks rendah. Kajian ini dapat menyumbang pengetahuan baru dari aspek perubahan gaya komunikasi masyarakat luar bila berada di negara ini. Ini memberi implikasi kepada pengetahuan bidang komunikasi antara budaya, dan sebagai panduan amalan dalam kalangan masyarakat luar atau negara ini.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Budaya Melayu transformasi gaya komunikasi daripada budaya konteks rendah kepada budaya konteks tinggi.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Communication style; Low context culture; High context culture; International society
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 12:21
Last Modified: 15 Sep 2016 12:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34299
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item