UPM Institutional Repository

Unsur amanat dan impak lirik Dikir Barat Halim Yazid


Citation

Ismail, Mohd Fahmi and Noor Muhammad, Salmah Jan and Che Yaacob, Mohd Firdaus (2016) Unsur amanat dan impak lirik Dikir Barat Halim Yazid. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 4. pp. 67-80. ISSN 2289-7208; ESSN: 2289-9294

Abstract

Dikir Barat merupakan salah satu khazanah budaya yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan yang menjadi kebanggaan rakyat negeri tersebut. Kini, seni budaya Dikir Barat telah berkembang bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain padat dengan elemen kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu Pantai Timur, kesenian ini juga mengandungi pelbagai amanat dan nasihat yang berkesan kepada khalayak. Menerusi keadah kualitatif dengan cara pendokumentasian lirik, Dikir Barat Halim Yazid yang dipilih akan dijadikan sandaran untuk mengenal pasti dan menganalisis amanat serta impak yang terkandung dalam lirik tersebut. Aplikasi prinsip Teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan pada tahun 2005 merupakan teras utama dalam memastikan hubungkait antara analisis kajian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa setiap bait lirik Dikir Barat Halim Yazid kaya dengan amanat yang mampu memberikan impak berguna bagi membentuk tingkah laku dan moral yang positif dalam kalangan masyarakat. Lirik yang didendangkan boleh membentuk tingkah laku dan moral postif dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Kelantan malah, masyarakat di seluruh negara.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Unsur amanat dan impak lirik Dikir Barat Halim Yazid.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Pahang
Keywords: Dikir Barat; Halim Yazid; Lyrics; Values
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 07:20
Last Modified: 15 Sep 2016 07:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34285
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item