Model Pembangunan Komuniti

Sabran, Mohammad Shatar (2003) Model Pembangunan Komuniti. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 11 (2). pp. 135-145. ISSN 0128-7702

[img] PDF
6Mb

Abstract

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, pelbagai projek dan program telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu masyarakat miskin di negara ini. Pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memastikan hasrat dan tujuan untuk membebaskan masyarakatnya daripada belenggu kemiskinan tercapai. Walaupun fenomena kemiskinan di negara ini telah menurun, bilangan golongan miskin masih lagi tinggi terutamanya di kawasan luar bandar. Salah satu punca mengapa dan kenapa keadaan sebegini berlaku adalah disebabkan kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan komuniti ataupun desa yang dilaksanakan. Model Pembangunan Komuniti yang memberikan penekanan kepada lima elemen utama dipercayai mampu untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan terutamanya masyarakat yang tinggal di luar bandar dengan lebih berkesan. Di antara lima penumpuan utama di dalam model ini ialah pemimpin masyarakat, masyarakat tempatan, teras pembangunan komuniti, proses pembangunan komuniti dan hasil pembangunan komuniti. Model ini menjelaskan dengan terperinci proses yang perlu dilalui oleh setiap masyarakat atau agensi yang berminat untuk membantu golongan miskin di negara ini melalui projek-projek yang dijalankan. Dengan mengikuti proses yang dicadangkan oleh model ini, bukan sahaja masalah kemiskinan dapat diselesaikan dengan berkesan, malah ia mampu untuk membantu negara membuat pelaburan di dalam projek-projek pembangunan masyarakat yang mencapai matlamat penubuhannya.

Item Type:Article
Keyword:Komuniti, pembangunan komuniti, model pembangunan komuniti
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:3414
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:26 Nov 2009 01:13
Last Modified:27 May 2013 07:08

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 26 Nov 2009 01:13.

View statistics for "Model Pembangunan Komuniti"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.