Chua, Yan Piaw and Md. Nor, Sharifah and Mohd, Naim and Wan Ali, Wan Zah (2003) Kreativiti Guru Pendidikan Seni. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 11 (1). pp. 11-17. ISSN 0128-7702
|
PDF
4Mb |
Abstract
Matlamat utama kajian ialah untuk membandingkan kreativiti guru Pendidikan Seni Terlatih dan guru Pendidikan Seni Tidak Terlatih yang mengajar di sekolah-sekolah menengah. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan alat Ujian Pemikiran Kreatif Figural Torrance untuk memperoleh indeks kreativiti guru. Subjek kajian terdiri daripada seramai 34 guru Pendidikan Seni terlatih dan 45 guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari 22 sekolah menengah daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan guru Pendidikan Seni adalah lebih kreatif secara signifikan berbanding kumpulan guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari segi kelancaran dan penghuraian. Ini bererti guru Pendidikan Seni terlatih ini lebih berupaya memahami, membaca dan menghuraikan idea-idea kreatif yang dihasilkan pelajar. Pengkaji mencadangkan agar kursus dan latihan yang diberikan kepada para guru Pendidikan Seni pada masa depan lebih mengutamakan aspek kreativiti.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Kreativiti, guru Pendidikan Seni sekolah menengah |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3412 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 26 Nov 2009 01:09 |
| Last Modified: | 27 May 2013 07:08 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 26 Nov 2009 01:09.