Arshat, Zarinah and Baharudin, Rozumah and Juhari, Rumaya and Kahar, Rojanah (2002) Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 10 (2). pp. 165-178. ISSN 0128-7702
| PDF 5Mb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara faktor latar belakang keluarga (pendidikan ibu, pendapatan keluarga dan bilangan anak) dan kualiti tingkah laku keibubapaan dengan penyesuaian tingkah laku anak (resiliensi, estim diri dan pencapaian akademik) dalam keluarga berisiko. Seramai 201 pasangan ibu-anak berbangsa Melayu dari kawasan luar bandar negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor yang telah memenuhi kriteria (miskin dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 7-12 tahun) kajian dipilih sebagai responden kajian. Responden telah ditemu bual secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Kualiti tingkah laku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Supportive Parenting (Simons et at. 1992). Tahap resiliensi anak pula diukur menggunakan skala 'Resiliency Attitudes Scales' (Bischoe & Harris 1994). Tahap estim diri anak diukur berdasarkan 'Hare Self-Esteem Scale' (Hare 1985). Pencapaian akademik anak diukur berdasarkan skor lima mata pelajaran terpilih: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Agama Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa kualiti tingkah laku keibubapaan dan tahap penyesuaian tingkah laku anak adalah rendah. Pendidikan ibu didapati berkait secara signifikan dengan estim diri anak (r=0.18, psO.05) dan pencapaian akademik (r=0.19, psO.05). Keluarga yang berisiko tinggi dan mempunyai bilangan anak yang ramai didapati mempunyai anak yang rendah tahap pencapaian akademik dan resiliensi. Bilangan anak dalam keluarga didapati mempunyai perkaitan yang negatif dan signifikan (r=-o.16, psO.05) dengan tahap resiliensi anak. Hasil kajian juga menunjukkan tahap risiko keJuarga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian akademik anak (r=-o.26, psO.01). Kualiti tingkah Jaku keibubapaanjuga mempunyai perkaitan secara positif dan signifikan dengan tahap estim diri anak (r=0.17, psO.05). Analisis regresi berganda menu~ukkan tahap pendidikan ibu (?=0.16, ps.05) dan tingkah Jaku keibubapaan (?=0.15, ps.05) menyumbang sccara unik terhadap estim diri anak (F=5.55, ps.05). Hasil kajian juga menunjukkan tahap pendidikan ibu (?=0.18, ps.05) menyumbang secara unik ke atas pencapaian akademik anak (F=2.87, ps.05). Kajian ini memberi implikasi bahawa pendidikan ibu dan tingkah Jaku keibubapaan mempengaruhi penyesuaian tingkah Jaku anak dalam keJuarga berisiko di luar bandar.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Tahap resiliensi, analisis regresi, estim diri, tingkah laku keibubapaan |
| Faculty or Institute: | Faculty of Human Ecology |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3380 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 25 Nov 2009 16:11 |
| Last Modified: | 08 Apr 2010 17:48 |
Repository Staff Only: item control page