Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah and Bakar, Ab. Rahim and Konting, Mohd Majid (2001) Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia: Kesan Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 10 (1). pp. 53-61. ISSN 0128-7702
| PDF 4037Kb |
Abstract
Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah. Berdasarkan usaha tersebut satu kajian diperlukan untuk menilai semula kesan pendidikan keusahawanan terhadap aspirasi pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Seramai 1336 pelajar tingkatan 4 telah dipilih dengan menggunakan tatacara persampelan rawak berlapis. Dapatan kajian menunjukkan aspirasi pelajar sekolah masih lagi rendah. Mereka yang mendapat pencapaian tinggi dalam PMR mempunyai potensi keusahawanan yang rendah dan sebaliknya. Terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri dan potensi pelajar yang ingin bekerja sendiri dan makan gaji. Secara keseluruhan sikap dan ciri keusahawanan pelajar adalah sederhana positif. Implikasi kajian dibincangkan dalam kertas kerja ini untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Keusahawanan, latihan dan pendidikan keusahawanan, ciri-ciri keusahawanan, aspirasi keusahawanan |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3357 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 25 Nov 2009 15:09 |
| Last Modified: | 29 Jul 2010 12:53 |
Repository Staff Only: item control page