UPM Institutional Repository

Keberkesanan pendekatan pengajaran kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian murid tingkatan empat dalam pelajaran matematik


Citation

Bahruddin, Khairunnidzam (2012) Keberkesanan pendekatan pengajaran kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian murid tingkatan empat dalam pelajaran matematik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyiasat keberkesanan pendekatan pengajaran kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian pelajar Tingkatan Empat dalam pelajaran Matematik. Reka bentuk kajian ialah kajian quasi experimental yang menggunakan kelompok kawalan bukan rawak atau kelas intact ujian pra, ujian pos dan ujian pos tertangguh. Subjek kajian iaitu seramai 76 orang pelajar Tingkatan Empat telah dipilih dari dua buah kelas di sebuah sekolah menengah harian di Pahang. Subjek kajian telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 39 orang dalam kumpulan eksperimen (KE) dan 37 orang lagi dalam kumpulan kawalan (KK). Hanya kumpulan eksperimen sahaja mengikuti rawatan pengajaran menggunakan pendekatan pengajaran kecerdasan pelbagai, manakala kumpulan kawalan mengikuti pengajaran menggunakan pendekatan pengajaran konvensional. Pendekatan pengajaran kecerdasan pelbagai yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada pendekatan pengajaran yang diaplikasikan di dalam kelas berasaskan teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Gardner (2004). Pendekatan pengajaran kecerdasan pelbagai ini mengambil kira lapan kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar iaitu kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, muzik, kinestetik, intrapersonal, interpersonal dan naturalis sebagai asas dan panduan dalam perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebelum mengikuti rawatan yang telah ditentukan, kumpulan eksperimen telah menduduki ujian profil kecerdasan pelbagai pelajar bagi mengenalpasti profil kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran mereka berasaskan teori kecerdasan pelbagai. Kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan juga telah diberikan ujian pra, ujian pos dan ujian pos tertangguh yang sama sebelum dan selepas rawatan pengajaran yang berbeza diberikan. Data kajian yang diperolehi daripada ujian tersebut telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai telah digunakan dalam analisis deskriptif bagi menganalisis maklumat demografi, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan ujian profil kecerdasan pelbagai pelajar. Manakala, statistik inferensi iaitu ujian-t dua sampel bersandar dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Keputusan kajian rintis telah menunjukkan bahawa ujian profil kecerdasan pelbagai pelajar dan ujian pra mempunyai indeks kebolehpercayaan Crobach’s Alpha yang tinggi iaitu 0.943 dan 0.802. Analisis data yang dijalankan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi telah merumuskan bahawa (1) tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pra kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan; (2) terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pos kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan khususnya bagi aras kognitif memahami dan mengaplikasi; (3)Analisis data yang dijalankan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi telah merumuskan bahawa (1) tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pra kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan; (2) terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pos kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan khususnya bagi aras kognitif memahami dan mengaplikasi; (3) terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pos tertangguh kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan khususnya bagi aras kognitif mengingati, memahami dan mengaplikasi; dan (4) tidak terdapat hubungan yang signifikan antara profil kecerdasan pelbagai dan pencapaian ujian pos kumpulaneksperimen. Kesimpulannya, keputusan kajian tersebut menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran kecerdasan pelbagai adalah bersesuaian bagi membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran Matematik dan dapat membantu pelajar menyimpan maklumat di dalam ingatan jangka panjang mereka.erdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pos tertangguh kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan khususnya bagi aras kognitif mengingati, memahami dan mengaplikasi; dan (4) tidak terdapat hubungan yang signifikan antara profil kecerdasan pelbagai dan pencapaian ujian pos kumpulan eksperimen. Kesimpulannya, keputusan kajian tersebut menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran kecerdasan pelbagai adalah bersesuaian bagi membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran Matematik dan dapat membantu pelajar menyimpan maklumat di dalam ingatan jangka panjang mereka.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 50R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Multiple intelligences - Study and teaching (Secondary) - Pahang
Subject: Mathematics - Study and teaching (Secondary) - Pahang
Call Number: FPP 2012 50
Chairman Supervisor: Tajularipin bin Sulaiman, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 06 Jan 2015 04:54
Last Modified: 06 Jan 2015 04:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33111
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item