Price Efficiency of Stock Index Futures Contracts: Are There Any Arbitrage Opportunities?

Mohamad, Shamsher and Hasan, Taufiq (2000) Price Efficiency of Stock Index Futures Contracts: Are There Any Arbitrage Opportunities? Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 8 (2). pp. 115-122. ISSN 0128-7702

[img] PDF
3007Kb

Abstract

Kontrak niagaan ke depan adalah perjanjian antara pembeli dan penjual sesuatu komoditi yang menetapkan harga, kuantiti dan kualiti komoditi tersebut dan masa bila urus niaga ini akan berIaku. Aset atau komoditi yang terlibat dalam kontrak niagaan ke depan indeks saham ialah seratus saham-saham indeks komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Salah harga kontrak boleh berlaku apabila terdapat perbezaan ketara antara harga kontrak niagaan ke depan di pasaran dengan harga kontrak niagaan ke depan yang sepatutnya atau harga sebenar yang dinilai dengan menggunakan kaedah "Cost and Carry". Salah harga ini boleh berbentuk harga berIebihan atau harga berkurangan. Harga kontrak niagaan ke depan berlebihan berlaku apabila harga pasaran kontrak melebihi harga sebenar dan kos urus niaga. Harga berkurangan berlaku apabila harga pasaran kontrak niagaan ke depan adalah kurang dari harga sebenar dan kos urus niaga. Salah harga kontrak niagaan ke depan memberi peluang kepada pelabur untuk meraih keuntungan dengan memperbetulkan perbezaan antara harga pasaran dan harga sebenar, iaitu dengan menjual kontrak niagaan ke depan dan membeli saham indeks komposit BSKL apabila berIaku harga berIebihan dan membeli kontrak niagaan ke depan dan menjual (atau menjual pendek) saham-saham indeks komposit BSKL apabila berlaku harga berkurangan. Aktiviti pembetulan ini dikenalijuga sebgai aktiviti arbitraj, yang membantu mempertingkatkan kecekapan harga kontrak niagaan ke depan. Kajian ini menilai peluang arbitraj atas harga harian kontrak bulanan niagaan ke depan indeks komposit BSKL, atau dikenali sebagai kontrak FKL1 bagi jangka masa 1996 hingga 1999. Kecekapan harga kontrak niagaan ke depan dinilai dengan kaedah ralat piawai an tara harga pasaran dengan harga sebenar kontrak niagaan ke depan. Penemuan kajian menunjukkan adanya berlebihan dan berkurangan harga kontrak niagaan ke depan, tetapi tidak ada aktiviti arbitraj untuk menyatukan harga sebenar dengan harga pasaran kontrak. 1ni kemungkinan, di antara faktor lain, kerana pelabur tidak boleh menjual pendek saham-saham indeks komposit BSKL apabila berIakunya berkurangan dalam harga kontrak niagaan ke depan. Penemuan juga menunjukkan perubahan harga kontrak niagaan ke depan tidaklah berekanada tetapi berubah mengikut masa yang menyebabkan ada jangka masa yang menunjukkan harga kontrak berIebihan dan ada jangka masa di mana harga kontrak niagaan ke depan berkurangan, menepati tahap kecekapan harga kontrak yang berbeza mengikut masa.

Item Type:Article
Keyword:Stock index futures, price efficiency, arbitrage, short-selling
Faculty or Institute:Faculty of Economics and Management
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:3297
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:25 Nov 2009 03:30
Last Modified:27 May 2013 07:07

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 25 Nov 2009 03:30.

View statistics for "Price Efficiency of Stock Index Futures Contracts: Are There Any Arbitrage Opportunities?"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.