UPM Institutional Repository

Hasrat guru terhadap perubahan pengajaran dan pembelajaran dan amalan pengajaran di sekolah menengah harian kluster, Malaysia


Citation

Hassan, Roshafiza (2011) Hasrat guru terhadap perubahan pengajaran dan pembelajaran dan amalan pengajaran di sekolah menengah harian kluster, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti jurang antara hasrat guru terhadap perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan amalan pengajaran guru di Sekolah Menengah Harian Kluster. Kajian ini melibatkan 327 orang guru daripada tujuh buah Sekolah Menengah Harian Kluster di Semenanjung Malaysia yang dipilih menggunakan persampelan berkelompok. Instrumen kajian mengandungi 24 item digunakan untuk mengukur tanggapan guru terhadap hasrat dan amalan pengajaran sebenar di bilik darjah. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif (frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (Ujian- t dan Anova Satu Hala). Dapatan kajian menunjukkan tahap hasrat adalah berbeza secara signifikan berbanding tahap kekerapan amalan pengajaran guru di bilik darjah (t = 22.04, p <0.05). Guru di Sekolah Menengah Harian Kluster didapati mempunyai hasrat yang tinggi untuk melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran (min = 4.22 dan SP = 0.51) berbanding kekerapan amalan pengajaran yang sederhana tinggi (min = 3.52, SP 0.52). Kekangan ini wujud berkemungkinan disebabkan dasar pentadbiran sekolah atau kekurangan infrastruktur yang menghalang guru dari melaksanakan amalan pengajaran sebagai mana dihasratkan. Aspek kualiti pembelajaran yang memberi penekanan kepada pencapaian pelajar (min = 4.45, SP = 0.87) dan strategi pembelajaran bersesuaian bagi mengembangkan imaginasi dan kreativiti pelajar (min = 4.45, SP = 0.88) merupakan hasrat paling utama yang ingin dicapai oleh guru. Hasil kajian mendapati amalan pengajaran paling kerap dilaksanakan oleh guru ialah berusaha membina hubungan yang positif dengan setiap pelajar (min = 3.96, SP =0.97). Hasil kajian dari aspek jantina menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t =4.35, p < 0.05) antara tahap hasrat guru lelaki (min = 4.02, SP = 0.53) dan guru wanita (min = 4.30, SP = 0.48) terhadap perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, dari aspek kekerapan amalan pengajaran didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan (t = 1.27, p > 0.05) antara tahap amalan pengajaran guru wanita (min= 3.54, SP =0.50) dan guru lelaki (min = 3.46, SP = 0.56). Faktor persekitaran sekolah boleh menjadi punca yang menghalang guru dari melaksanakan amalan pengajaran sebagai mana dihasratkan. Analisis kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap hasrat (t = 6.98, p< 0.05) dan tahap kekerapan amalan pengajaran (t = 3.64, p < 0.05) guru di Sekolah Menengah Harian Kluster berdasarkan faktor umur. Guru berumur kurang 30 tahun mempunyai tahap hasrat (min = 4.56, SP = 0.44) dan tahap kekerapan amalan pengajaran yang lebih tinggi (min =3.74, SP = 0.60) berbanding guru yang berumur lingkungan 30 tahun dan ke atas (min hasrat =4.13, SP = 0.48) dan (min amalan = 3.46, SP = 0.48). Tahap hasrat dan amalan pengajaran yang lebih rendah oleh guru senior adalah disebabkan mereka sudah selesa dengan amalan pengajaran rutin dan kurang berhasrat untuk mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Analisis varians bagi tahap hasrat (F = 11.05, p < 0.05) dan tahap amalan pengajaran (F = 6.80, p < 0.05) guru berdasarkan faktor pengalaman mengajar juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua pemboleh ubah bersandar tersebut. Guru yang berpengalaman mengajar kurang tiga tahun didapati mempunyai tahap hasrat (min = 4.52, SP = 0.53) dan tahap amalan pengajaran (min = 3.72, SP = 0.59) yang lebih tinggi berbanding guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun dan ke atas (min hasrat = 4.15, SP = 0.50) dan (min amalan = 3.46, SP = 0.49). Guru yang masih baru berkhidmat didapati mempunyai tahap motivasi yang tinggi dan lebih kerap melaksanakan amalan pengajaran positif di bilik darjah berbanding guru senior. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dapatan ini boleh digunakan sebagai sumber untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Kluster di Malaysia serta sebagai rujukan ke arah pembangunan profesionalisme guru.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2011 53.pdf

Download (874kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: High school teaching - Malaysia
Subject: Teachers - Study and teaching (Secondary) - Malaysia
Subject: High school teachers - Education (Secondary) - Malaysia
Call Number: FPP 2011 53
Chairman Supervisor: Profesor Madya Mohd. Majid Konting, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 17 Nov 2014 09:19
Last Modified: 19 Nov 2014 06:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32560
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item