Amalan Inovasi dalam Kalangan Petani Cina

Tan, Sheau Yunn (2004) Amalan Inovasi dalam Kalangan Petani Cina. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
107Kb

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah bermatlamat untuk memahami amalan inovasi pertanian di kalangan petani Cina. Kajian ini dilaksanakan berasaskan tiga aspek persoalan kajian iaitu: 1) Apakah amalan pertanian yang diamalkan oleh petani Cina? 2) Apakah sebab petani Cina menerima guna sesuatu inovasi? dan 3) Bagaimana petani Cina mendapat maklumat inovasi? Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada lapan orang petani Cina. Data diperolehi melalui temubual mendalam berpandukan kepada soalan separa struktur dan pemerhatian. Hasil kajian ini mendapati bahawa responden menerima guna amalan pertanian secara sistematik. Mereka telah merancang terlebih awal sebelum memulakan penanaman baru. Inovasi yang berciri mudah dan cepat diamalkan, berkesan, dapat dicuba terdahulu, dan senang dilihat serta diperhatikan menarik perhatian responden.Pengaruh rakan petani, kemampuan responden mengambil risiko dan responden beraspirasi tinggi juga mempengaruhi mereka menerima guna inovasi. Daripada kajian ini didapati punca-punca maklumat dalam proses difusi ialah rakan petani, agen pengembangan, jurujual dan lain seperti pengilang beras. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa rakan petani merupakan saluran yang terpenting dalam penyebaran inovasi di kalangan responden. Di samping itu, kajian ini turut meninjau persepsi responden terhadap petani kaum lain. Responden berpendapat bahawa sebab utama petani kaum lain tidak menerima sesuatu inovasi ialah rasa tidak perlu inovasi terutama mengenai pengawalan rumpai, penyakit dan perosak. Responden juga berpendapat kemisikinan turut menyebabkan golongan petani kaum lain tidak mampu menerima guna sesuatu inovasi. Para responden menerangkan bahawa mereka menghadapi masalah komunikasi dengan agen pembangunan. Para responden juga mempunyai rasa kurang penting terhadap peranan agen pengembangan dan lebih percaya kepada pengalaman mereka dalam kegiatan pertanian. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan yang ada bagi meningkatkan penerimagunaan inovasi di kalangan petani Cina. Cadangan juga dibuat untuk kajian selanjutnya dalam bidang ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Agricultural innovations - Alor Setar
Subject:Farmers - Alor Setar
Chairman Supervisor:Khairuddin Idris, PhD
Call Number:FPP 2004 3
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:322
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:05 Jun 2008 16:39
Last Modified:27 May 2013 06:47

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 Jun 2008 16:39.

View statistics for "Amalan Inovasi dalam Kalangan Petani Cina"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.