UPM Institutional Repository

Faktor penerimaan remaja terhadap drama televisyen bermesej keislaman.


Citation

Anuar, Faizul Nizar and Adzharuddin, Nor Azura (2013) Faktor penerimaan remaja terhadap drama televisyen bermesej keislaman. Global Media Journal-Malaysian Edition, 3 (3). pp. 1-14. ISSN 2231-9948

Abstract

Media elektronik seperti televisyen merupakan salah satu media yang sangat berpengaruh sebagai agen bagi penggalak pendidikan, menyalurkan maklumat dan informasi terkini, penghubung kepada proses sosialisasi dan tidak kurang pentingnya sebagai medium untuk mendapatkan sumber hiburan. Media ini sering kali digunakan oleh pihak tertentu untuk menyampaikan sesuatu maklumat yang berbentuk pendidikan ataupun berbentuk hiburan. Namun, sejak kebelakangan ini, kebanyakkan stesen televisyen tempatan semakin giat untuk menerbitkan drama televisyen bercorak keislaman. Jika dahulunya, drama sebegini hanya diterbitkan pada waktu-waktu tertentu seperti pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ataupun pada sambutan hari kebesaran Islam, akan tetapi fenomena ini telah berubah di mana drama bercorak keislaman kini telah dijadikan drama bersiri di kebanyakkan stesen televisyen seperti di Malaysia. Sambutan yang begitu menggalakkan daripada penonton telah banyak meyakinkan pihak penerbit drama tempatan untuk menerbitkan drama- drama bercorak sedemikian. Disebabkan oleh penerimaan yang baik serta “rating” yang tinggi setiap kali drama sedemikian di siarkan, stesen- stesen televisyen tempatan telah mengambil langkah berani untuk membeli drama bercorak keislaman dan menyiarkan drama tersebut pada waktu perdana (Primetime). Pemikiran masyarakat berubah apabila drama sebegini turut mendapat sambutan yang baik daripada golongan remaja. Dengan ini, objektif makalah ini adalah untuk melihat dengan lebih terperinci berhubung dengan faktor-faktor yang mendorong golongan remaja menonton drama tv bermesej keislaman. Kesemua sorotan literatur mengenai faktor- faktor ini diperolehi daripada bahan bacaan seperti artikal, surat khabar serta kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji dalam bidang berkaitan.


Download File

[img] Text
Faktor Penerimaan Remaja Terhadap Drama Televisyen Bermesej KeIslaman.docx

Download (74kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Global Network of Communication Scholars
Keywords: Acceptance; Factors; Youth; Drama; Message's Islam; Television.
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 26 Sep 2014 00:44
Last Modified: 12 Dec 2019 00:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32148
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item