Mohd Noah, Sidek and Jaamat, Mohd. Ali (1998) Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu Terhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 6 (1). pp. 63-70. ISSN 0128-7702
|
PDF
3563Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan Modul Perkembangan Keljaya Bersepadu dalam meningkatkan motivasi pencapaian pelajar disalah sebuah sekolah menengah di Jelebu, Negeri Sembilan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk 'true experimental', ujian pral~ian pasca, kelompok kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada 50 pelajar Tingkatan 4 yang kemudiannya diagihkan kepada tiga kumpulan secara rawak mudah menggunakan prosedur pemadanan. Tiga kumpulan tersebut ialah kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan secara kelompok, kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan secara kumpulan besar atau mass dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan Modul Perkembangan Keljaya Bersepadu yang mengandungi lima fasa yang telah diperkenal oleh Sidek. Ketiga-tiga kumpulan telah diberikan Ujian Pencapaian Mehrabian sebelum dan selepas rawatan. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian-t, dua sampel bersandar dan ANOVA sehala. Keputusan-keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa Modul Perkembangan Keljaya Bersepadu telah dapat meningkatkan motivasi pencapaian di kalangan pelajar. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperoleh beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | keberkesanan, modul motivasi, motivasi pencapaian |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3199 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 24 Nov 2009 06:33 |
| Last Modified: | 27 May 2013 07:06 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 24 Nov 2009 06:33.