UPM Institutional Repository

Keberkesanan modul pemulihan dadah ke atas motivasi pencapaian dalam kalangan pelatih Pusat Serenti di Sepang, Malaysia


Citation

Alias, Siti Rahmah (2012) Keberkesanan modul pemulihan dadah ke atas motivasi pencapaian dalam kalangan pelatih Pusat Serenti di Sepang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan Modul Pemulihan Dadah (MPD) ke atas motivasi pencapaian yang mana diukur dari enam aspek iaitu perancangan matlamat, ketabahan,jangkaan terhadap kejayaan, tahap kebimbangan, kesanggupan menghadapi risiko dan pencapaian sikap yang dilaksanakan dalam kalangan pelatih pusat serenti di Daerah Sepang, Selangor. Kajian keberkesanan MPD ke atas motivasi pencapaian dalam kalangan pelatih pusat serenti di Sepang ini telah menggunakan reka bentuk kajian eksperimental yang melibatkan ujian pra dan ujian pasca. Kajian eksperimental ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas keberkesanan MPD ke atas motivasi pencapaian. Subjek kajian terdiri daripada 66 pelatih Pusat Serenti Sepang, telah dipilih secara rawak.Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu seramai 33 pelatih sebagai kumpulan eksperimen dan 33 pelatih lagi sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen telah mengikuti MPD selama lima hari yang dikendalikan sepenuhnya oleh 3 orang pembantu penyelidik terlatih. Untuk hipotesis, skor min dan ujian–t telah digunakan. Kajian ini menggunakan dua alat kajian iaitu MPD yang dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen dan Ujian Motivasi Pencapaian yang dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan untuk mengukur tahap motivasi pencapaian pelatih. Dapatan kajian mendapati terdapat peningkatan min yang ketara pada skor min ujian pra (85.40) dan ujian pasca (111.21) bagi kumpulan eksperimen. Analisis ujian–t pula membuktikan perbezaan tersebut adalah signifikan [t (32) = -3.88, p = 0.000]. Oleh yang demikian, terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian motivasi pencapaian bagi ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Manakala bagi kumpulan kawalan pula, tidak terlihat perbezaan yang ketara pada skor min ujian pra (85.21) dan ujian pasca (85.94). Analisis ujian–t juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca [t (32) = -0.94, p = 0.180]. Oleh yang demikian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian motivasi pencapaian bagi ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 29R.pdf

Download (809kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Drug abuse - Rehabilitation - Research - Malaysia - Selangor - Sepang
Subject: Drug addicts - Rehabilitation - Malaysia - Selangor - Sepang
Subject: Drug addicts - Counseling of
Call Number: FPP 2012 29
Chairman Supervisor: Prof. Madya Hj. Jamaludin Bin Hj. Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 29 Jan 2015 04:28
Last Modified: 29 Jan 2015 04:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31929
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item