Paim, Laily and Yahaya, Nurizan (1997) Pendapatan dan Pembelanjaan Pekerja Migran Wanita: Suatu Perbandingan antara Sektor Awam, Industri dan Jualan. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 5 (2). pp. 83-91. ISSN 0128-7702
| PDF 3474Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji corak pendapatan dan perbelanjaan pekerja migran wanita Semenanjung Malaysia. Seramai 969 pekerja wanita yang berumur antara 15 hingga 30 tahun yang telah berhijrah dari tempat kelahiran ke tempat lain dipilih sebagai responden kajian. Responden telah dipilih secara rawak berlapis dari lima zon iaitu mara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), tengah (Perak dan Selangor), selatan ( egeri Sembilan, Melaka danJohor), timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan), dan metropolitan (Kuala Lumpur). Responden mewakili sektor awam (41 %), industri (38%) dan jualan (21 %). Hasil kajian mendapati bahawa wanita yang dikaji kebanyakannya masih bujang, muda (purata umur 24 tahun) dan berpendidikan setakat SPM. Analisis Chi-square menunjukkan terdapat perbezaan pendapatan yang signifikan mengiklIt sektor, kumpulan umur, dan taraf pendidikan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi peratusan pendapatan yang dibelanjakan untuk makanan, perumahan dan pengangkutan mengikut sektor, umur, taraf pendidikan dan taraf perkahwinan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | penggunaan, perbelanjaan, pola perbelanjaan, kesejahteraan material |
| Faculty or Institute: | Faculty of Human Ecology |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3167 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 24 Nov 2009 12:12 |
| Last Modified: | 15 Apr 2010 15:35 |
Repository Staff Only: item control page