Kasa, Zakaria and Md. Aroff, Abd. Rahman (1997) Hubungan Nilai Kerja dengan Jantina, Umur dan Pengalaman Mengajar Guru Pelatih. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 5 (1). pp. 39-44. ISSN 0128-7702
| PDF 2431Kb |
Abstract
Untuk berjaya di dalam pekerjaan, seseorang itu perlu mempunyai bukan sahaja pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga nilai kerja yang baik. Kajian ini meninjau dua belas nilai kerja guru pelatih Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan hubungan di antara nilai-nilai kerja tersebut dengan jantina, umur dan pengalaman mengajar. Secara amnya, guru pelatih UPM mempunyai nilai kerja yang baik. Mereka menganggap perkembangan kendiri, ganjaran ekonomi dan pekerjaan terjamin sebagai sangat penting, manakala kreativti, keadaan tempat kelja, stail hidup dan autonomi sebagai sederhana penting. Nilai seperti kepelbagaian, autoriti, hubungan sosial, resiko dan prestij dianggap sebagai kurang penting kepada mereka. Selain itu, hubungan rendah yang signifikan wujud antara nilai kerja secara keseluruhan dengan pengalaman mengajar dan umur. Pada keseluruhannya, guru pelatih yang tiada pengalaman mengajar dan berumur muda didapati mempunyai nilai kerja yang lebih baik daripada guru pelatih yang mempunyai pengalaman mengajar. Guru pelatih lelaki didapati lebih mementingkan kreativiti dan autoriti daripada guru pelatih perempuan. Guru pe1atih yang tiada pengalaman mengajar didapati lebih mementingkan kepelbagaian, risiko dan prestij daripada guru pelatih yang berpengalaman mengajar. Umur didapati mempunyai hubungan rendah yang negatif tetapi signifikan dengan stail hidup, autoriti, resiko dan prestij. Hubungan ini menunjukkan bertambah berumur guru pelatih, kepentingan nilai tersebut kepada mereka berkurangan. Antara cadangan hasil daripada dapatan kajian ialah memberi ganjaran yang setimpal untuk menarik minat generasi muda menjadi guru, memberi lebih autonomi kepada guru, menggalakkan guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dan memberi tugas yang lebih mencabar kepada guru muda.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | nilai kerja, sikap kerja, latihan guru |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3160 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 24 Nov 2009 11:53 |
| Last Modified: | 15 Apr 2010 15:26 |
Repository Staff Only: item control page