Keyword Search:


Bookmark and Share

Pengaruh drama Korea dalam pembangunan diri komuniti remaja

Abd Rahim, Normaliza and Mansor, Noraien and Sujud, Arba'ie and Abdul Halim, Hazlina and Mamat, Roslina and Roslan, Siti Nur Aliaa (2013) Pengaruh drama Korea dalam pembangunan diri komuniti remaja. Journal of Business and Social Development, 1 (1). pp. 56-63. ISSN 2289-2915

[img] PDF (Abstrak)
46Kb

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada pengaruh drama Korea dalam pembangunan komuniti remaja di Malaysia. Kajian ini melibatkan 120 subjek dalam kalangan pelajar perempuan di salah sebuah sekolah di Serdang, Selangor. Subjek ini berumur dari 13 hingga 17 tahun dan mereka dikenal pasti sebagai peminat drama Korea. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti genre drama Korea yang diminati dan membincangkan pengaruh drama Korea terhadap pembangunan diri pelajar. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang diedarkan dan rakaman temu bual bersama subjek dianalisis bagi tujuan kajian ini. Dapatan kajian mendapati bahawa pengaruh drama Korea telah memberi impak yang positif terhadap pembangunan diri pelajar tersebut. Adalah diharapkan pengaruh yang positif daripada drama Korea dapat memberikan nilai moral dan pengajaran terhadap kehidupan seharian remaja di Malaysia.

Item Type:Article
Keyword:Self-development; Youth community; Korean drama; Influence
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
ID Code:27885
Deposited By: Nurul Ainie Mokhtar
Deposited On:18 Feb 2016 10:55
Last Modified:07 Oct 2016 12:14

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 18 Feb 2016 10:55.

View statistics for "Pengaruh drama Korea dalam pembangunan diri komuniti remaja"