UPM Institutional Repository

Kajian etnolinguistik terhadap kelestarian Bahasa Bhuket dan Bahasa Lahanan di Daerah Belaga, Sarawak


Citation

Masleh, Zainal Abidin (2011) Kajian etnolinguistik terhadap kelestarian Bahasa Bhuket dan Bahasa Lahanan di Daerah Belaga, Sarawak. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian mengenai kepupusan dan pelestarian bahasa minoriti terpencil masih baharu dan mula berkembang dalam kalangan penyelidik bahasa di negara kita. Bahasa Bhuket dan bahasa Lahanan merupakan bahasa minoriti terpencil di kawasan penempatan penduduk Sungai Asap, Belaga. Etnik Bhuket hanya berjumlah 469 orang dan etnik Lahanan berjumlah 585 orang merupakan fokus utama kajian. Kedua-dua etnik ini merupakan subetnik bangsa Kajang yang hanya terdapat di Daerah Belaga, Sarawak. Objektif pertama kajian adalah untuk menganalisis sikap terhadap pemilihan dan pelestarian bahasa Bhuket dan Lahanan. Objektif kedua ialah menjelaskan aspek leksikal dan fonologi bahasa Bhuket dan bahasa Lahanan. Objektif ketiga ialah menghuraikan tipologi keterancaman bahasa etnik Bhuket dan etnik Lahanan terhadap pelestarian bahasa mereka. Pendekatan etnolinguistik digunakan untuk mengidentifikasi serta menjelaskan pemilihan dan sikap bahasa etnik Bhuket dan Lahanan. Pengkaji menggunakan pendekatan etnolinguistik berdasarkan kerangka teori domain atau mandala, teori fonetik struktural dan teori tipologi keterancaman bahasa untuk menjawab dan menjelaskan objektif kajian. Pengkaji memilih seramai 120 orang responden daripada etnik Bhuket dan 180 orang responden daripada etnik Lahanan. Kaedah kualitatif dan kuantitatif akan digunakan dalam pengumpulan data. Beberapa teknik pengumpulan data digunakan termasuklah kaedah soal jawab, pemerhatian, temu bual, kaedah lafaz dan kaedah bercerita. Hasil dapatan kajian menunjukkan semua kelompok umur etnik Bhuket dan etnik Lahanan berjaya mengekalkan warisan budaya dan bahasa dalam kehidupan seharian mereka. Sikap positif berjaya mengelak rasa rendah diri dan curiga terhadap bahasa mereka walaupun berada dalam kalangan penutur bahasa yang minoriti. Tinggal berkelompok dalam lingkaran rumah panjang telah menjadikan bahasa mereka kebal daripada segala pengaruh bahasa lain. Bahasa Bhuket dan bahasa Lahanan akan terus bertapak dan bertahan kerana kehidupan di rumah panjang telah berjaya membentuk sikap positif dan jati diri bangsa yang kental. Bahasa ibunda mereka medium utama dalam semua hal kehidupan serta wujudnya sikap hormat dan patuh pada peraturan berbahasa sesama etnik.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2011 48R.pdf

Download (892kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Anthropological linguistics - Sarawak - Case studies
Subject: Linguistic minorities - Sarawak
Call Number: FBMK 2011 48
Chairman Supervisor: Mohd Sharifudin bin Yusop, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 22 Apr 2014 05:19
Last Modified: 22 Apr 2014 05:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27824
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item