UPM Institutional Repository

Pembentukan sistem pensaizan pakaian remaja berdasarkan kajian antropometri


Citation

Bohari, Shahrizal (2010) Pembentukan sistem pensaizan pakaian remaja berdasarkan kajian antropometri. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Antropometri adalah satu kaedah untuk mendapatkan ukuran badan dan digunakan dalam membentuk saiz pakaian. Industri pembuatan pakaian sehingga kini menggunakan standard saiz yang berbeza-beza. Disebabkan ketiadaan ukuran badan berasaskan ukuran badan sebenar pengguna dalam penghasilan pakaian di Malaysia, maka industri pembuatan pakaian telah mengubahsuai saiz pakaian berasaskan ukuran badan pengguna luar negara. Oleh itu objektif kajian ini dijalankan untuk mendapatkan ukuran antropometri, mengenal pasti perbezaan ukuran antropometri yang digunakan dalam penghasilan pakaian mengikut gender dan etnik, membentuk carta saiz pakaian berasaskan gender dan membangunkan satu sistem perisian pensaizan pakaian remaja. Melalui analisis ujian-T dan ujian Anova yang dijalankan didapati terdapat perbezaan ukuran antara lelaki dan perempuan dan juga di antara etnik yang telah diasingkan mengikut gender. Terdapat tiga jenis saiz yang berjaya dibentuk. Saiz-saiz tersebut ialah saiz “S” (kecil), saiz “M” (sederhana) dan “L” (besar). Saiz-saiz yang dibentuk adalah berdasarkan ukuran antropometri 390 orang responden kajian. Carta saiz pakaian responden yang dihasilkan telah digunakan dalam penghasilan Sistem Perisian Pensaizan Pakaian responden. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membangunkan Sistem Perisian Pensaizan Pakaian remaja ini berdasarkan ukuran antropometri. Hasil dapatan daripada kajian ini dapat memberi memanfaatkan beberapa pihak iaitu pengguna, industri pembuatan pakaian di Malaysia mahupun luar negara, penyelidik dalam bidang ergonomik, pakar kesihatan, agensi kerajaan dan agensi kerajaan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2011 16R.pdf

Download (965kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teenagers - Anthropometry
Subject: Anthropometry - Research
Subject: Sizing (Textile)
Call Number: FEM 2011 16
Chairman Supervisor: Prof Madya Mumtazah Othman, PhD.
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 09 Apr 2014 03:03
Last Modified: 09 Apr 2014 03:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27730
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item