Keyword Search:


Bookmark and Share

Faktor sosiolinguistik dan hubungannya dengan pemupusan Bahasa Bajau-Samah di daerah Kota Belud, Sabah

Asib, Lamsir (2011) Faktor sosiolinguistik dan hubungannya dengan pemupusan Bahasa Bajau-Samah di daerah Kota Belud, Sabah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
803Kb

Abstract

Terdapat kecenderungan dalam masyarakat kaum Bajau-Samah tidak berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada persepsi terhadap bahasa ibunda serta faktor sosiolinguistik dan hubungannya dengan pemupusan bahasa Bajau-Samah di daerah Kota Belud, Sabah. Tiga faktor sosiolinguistik yang menjadi asas kajian adalah perkahwinan campur, dasar kerajaan dan status sosioekonomi ibu bapa. Penyelidikan ini dijalankan dalam kalangan masyarakat kaum Bajau-Samah di daerah Kota Belud, Sabah. Responden dalam kajian ini seramai 150 orang. Daripada jumlah tersebut, 90 orang adalah Bajau-Samah tulen dan 60 orang adalah daripada perkahwinan campur kaum Bajau-Samah dengan kaum lain. Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif-kolerasi,manakala kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan yang menggunakan set soal selidik sebagai sumber mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan masyarakat Bajau-Samah mempunyai persepsi positif (75.1%) terhadap bahasa ibunda mereka. Perkahwinan campur pula, menunjukkan terdapat hubungan dengan pemupusan bahasa ibunda. Perkahwinan campur menyebabkan penurunan penguasaan bahasa ibunda iaitu bahasa Bajau-Samah. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan dasar kerajaan dengan pemupusan bahasa Bajau-Samah. Dapatan seterusnya menunjukkan status sosioekonomi ibu bapa mempunyai hubungan dengan pemupusan bahasa Bajau-Samah. Peningkatan status sosioekonomi ibu bapa menyebabkan penurunan penguasaan bahasa Bajau-Samah. Justeru, dua faktor sosiolinguistik dalam kajian ini mempunyai hubungan dengan pemupusan bahasa Bajau-Samah di daerah Kota Belud, Sabah. Lantaran itu, jika tidak ada usaha memelihara dan memulihara bahasa Bajau-Samah, maka jantung hayat bahasa ini akan terhenti dan mati suatu masa nanti. Oleh itu, kesedaran masyarakat Bajau- Samah terhadap bahasa ibunda mereka perlu ada agar bahasa ibunda mereka terus relevan, hidup dan berkembang terutama dalam kalangan masyarakat mereka sendiri

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Sociolinguistics - Sabah
Subject:Bajau language - Sabah
Subject:Native language
Chairman Supervisor:Haji Mohd Sharifudin bin Yusop, PhD
Call Number:FBMK 2011 34
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:27214
Deposited By: Haridan Mohd Jais
Deposited On:16 Jan 2014 13:16
Last Modified:16 Jan 2014 13:16

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 16 Jan 2014 13:16.

View statistics for "Faktor sosiolinguistik dan hubungannya dengan pemupusan Bahasa Bajau-Samah di daerah Kota Belud, Sabah"