Keyword Search:


Bookmark and Share

Cerminan identiti anak kacukan Cina dan India dalam penggunaan bahasa

Ang, Lay Hoon and Shik, Pei Yen (2012) Cerminan identiti anak kacukan Cina dan India dalam penggunaan bahasa. In: Bahasa & Pembinaan Identiti. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, pp. 19-34. ISBN 9789673442874.

Full text not available from this repository.

Abstract

Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum dan amalan budaya yang bersifat majmuk. Selain daripada kaum Melayu yang membentuk kumpulan etnik terbesar di Malaysia, kaum Cina dan kaum India merupakan dua etnik utama yang berkongsi beberapa ciri umum, seperti berasal dari luar negara dan bermastautin di Malaysia semasa pemerintahan British. Seperti yang dikaji oleh Leete (1996), sejak awal 1970-an interaksi sosial antara tiga kumpulan etnik dominan telah menunjukkan peningkatan, tetapi fenomena perkahwinan campur masih jarang. Anak-anak kacukan daripada perkahwinan campur mewarisi budaya yang berbeza daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka mungkin mempunyai persepsi tersendiri terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui bahasa dan pembinaan identiti dalam kalangan anak kacukan antara kaum Cina dan kaum India. Kajian ini mendedahkan identiti anak kacukan antara kaum Cina dan kaum India, dan pandangan mereka terhadap identiti sendiri, sama ada mereka membentuk identiti bahasa dengan berdasarkan etnik ibu atau etnik bapa, atau mereka membentuk identiti bahasa yang baru, iaitu identiti antarabangsa. Dalam kajian ini, identiti bahasa anak kacukan antara kaum Cina dan kaum India telah dikaji daripada dua perspektif yang utama: bahasa harian dan bahasa ibunda mereka. Data yang dikumpul adalah hasil kajian daripada borang kaji soal selidik yang dihantar kepada para peserta di beberpa buah negeri di Malaysia. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa identiti anak kacukan Cina dan India adalah yang unik dan lebih kepada identiti antarabangsa yang mengutamakan bahasa Inggeris. Identiti bahasa ibu bapa mereka tidak diwariskan malahan bahasa rump

Item Type:Book Section
Keyword:Chindian; Malaysia; Language; Identity; Chinese; Indian; Ethnic
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Penerbit Universiti Putra Malaysia
ID Code:26437
Deposited By: Mastura Yapandi
Deposited On:03 Dec 2013 11:30
Last Modified:24 Oct 2014 10:04

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 03 Dec 2013 11:30.

View statistics for "Cerminan identiti anak kacukan Cina dan India dalam penggunaan bahasa"