UPM Institutional Repository

Pembangunan koswer multimedia fizik bagi topik hukum gerakan newton


Citation

Nordin, Norbaizura (2011) Pembangunan koswer multimedia fizik bagi topik hukum gerakan newton. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini bermula dengan kajian diagnosis bagi mengenalpasti dan menganalisis masalah pelajar dalam pembelajaran Fizik 1 (PHY3103) dengan menemuramah penyelaras kursus berkenaan. Koswer multimedia Hukum Gerakan Newton dibangunkan berdasarkan analisis permasalahan ujian diagnosis terhadap helaian jawapan 217 sampel pelajar yang mengambil kursus tersebut pada semester pertama 2009/2010. Pembangunan koswer merujuk kepada model ASSURE dengan menggunakan peralatan komputer dan perisian pengarangan: Macromedia Authorware 7.0, Macromedia Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop 6.5. Manakala rekabentuk aplikasi dibangunkan berdasarkan model pengajaran Gagne dan teori pembelajaran: Tingkah laku, Kognitif dan Konstruktif. Kajian penggunaan koswer multimedia dijalankan dengan mengedar koswer dan instrumen soal selidik kepada 10 sampel pensyarah Fizik di bilik pensyarah masing-masing, sementara 15 sampel pelajar Fizik 1 kumpulan eksperimen di Makmal Komputer Fizik. Kajian eksperimental perbandingan pencapaian ujian pra dan ujian pos dijalankan bagi menilai keberkesanan koswer dalam proses pembelajaran. Seramai 30 orang pelajar Fizik 1 semester kedua 2010/2011 dibahagi secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen (menggunakan koswer) dan kumpulan kawalan (tidak menggunakan koswer). Keseluruhan analisis kajian diagnosis mendapati pelajar bermasalah dalam beberapa aspek berikut: menganalisis gambarajah graf, menterjemah persamaan algebra ke bentuk konsep Fizik, menghubungkaitkan konsep Fizik dengan fenomena sebenar, pengiraan secara Matematik, membandingkan fenomena berbeza dalam menghubungkaitkan konsep Fizik, tidak mengaplikasikan konsep Fizik. Manakala, dapatan kajian tinjauan soal selidik penggunaan koswer dalam kalangan pensyarah Fizik dan pelajar kumpulan eksperimen menunjukkan respon yang positif iaitu dalam julat kelas min (3.67-5.00). Sementara, dapatan kajian eksperimental mendapati terdapat perbezaan signifikan peningkatan pencapaian antara ujian pra dan ujian pos bagi kedua-dua kumpulan eksperimen (M=15.667, SP=10.998) dengan kumpulan kawalan (M=5.667, SP=7.761; t(28)=2.877; p=0.008<0.05). Ini menunjukkan terdapat peningkatan skor ujian pra dan pos bagi kedua-dua kumpulan. Namun demikian, min peningkatan kumpulan eksperimen adalah lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Ini menunjukkan penggunaan koswer dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Fizik.


Download File

[img]
Preview
PDF
FS 2011 74R.pdf

Download (664kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Physics - Computer-assisted instruction
Subject: Multimedia systems - Databases
Subject: Physics - Study and teaching (Higher)
Call Number: FS 2011 74
Chairman Supervisor: Prof. Sidek Abdul Aziz, PhD
Divisions: Faculty of Science
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 05:19
Last Modified: 26 Jan 2022 05:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/25951
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item