Zambri, Mohd Pilus and Yaacob, Othman and Mohd Kamal, Abdul Jabar (1982) Penentuan Faktor-Faktor Tanah ke atas Tumbesaran Gajus di kawasan Tanah Bris : Bahagian I. Pertanika, 5 (2). pp. 200-206.
|
PDF
2756Kb |
Abstract
Penyelidikan mengenai gajus adalah amat kurang. Oleh yang demikian, satu kajian ladang telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara kedalaman lapisan keras spodik, iaitu ciri semulajadi tanah, dan paras kandungan bahan organan ke atas tumbesaran gajus. Kajian ini dijalankan di ladang gajus Perusahaan Gajus Malaysia (C/MA). Besut, di mana jenis-jenis tanah berasaskan kedalaman horizon spodik telah ditentukan terlebih dahulu. Teknik-teknik ringkas, yang direka khas untuk kajian ladang telah digunakan. Kedalaman lapisan keras spodik tidak menunjukkan kesan yang bererti ke atas tumbesaran gajus yang diukur dari segi ke tinggian pokok dan luas permukaan sudur pokok. Ini adalah kerana pokok tersebut tidak mempunyai sistem akar yang dalam. Walaubagaimana pun, kandungan bahan organan tanah memberikan kesan yang sangat bererti ke atas ketinggian pokok serta luas permukaan sudur pokok dan memberikan angkali korelasi r = 0.536 dan r = 0.495 (P < 0.01) tiap-tiap satunya. Seterusnya bahan organan tanah dipengaruhi secara tidak langsung oleh kedalaman lapisan keras spodik seperti yang ditunjukkan oleh angkali korelasi yang negatif (r =-·0.364; P < 0.05).
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Inherent soil factors, natural fertility of Spodosols, adaptive crop |
| Faculty or Institute: | Faculty of Agriculture |
| ID Code: | 2164 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 11 Nov 2009 02:41 |
| Last Modified: | 27 May 2013 06:59 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 11 Nov 2009 02:41.