UPM Institutional Repository

Perkaitan Status Pemakanan dan Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah di Selangor, Malaysia


Citation

Sariman, Sarina (2011) Perkaitan Status Pemakanan dan Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pelbagai faktor telah dikaitkan dengan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia, namun hasil kajian yang dilaporkan masih tidak konsisten. Oleh yang demikian, kajian keratan rentas ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik kanak-kanak sekolah berumur 8 – 10 tahun di Hulu Selangor. Seramai 332 orang kanak-kanak daripada 6 buah sekolah di kawasan Bukit Beruntung dan Kuala Kubu Bharu telah terpilih untuk menyertai kajian ini. Borang soalselidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar-belakang sosioekonomi dan demografi, serta penglibatan ibu bapa dalam aktiviti akademik kanak-kanak. Pengukuran berat badan dan tinggi kanak-kanak telah dijalankan untuk menentukan status pertumbuhan kanak-kanak. Pengambilan makanan kanak-kanak telah diukur menggunakan kaedah Ingatan Diet 24 Jam (2 hari). Purata markah peperiksaan akhir tahun bagi empat mata pelajaran yang utama iaitu Bahasa Melayu (karangan dan kefahaman), Bahasa Inggeris dan Matematik pula digunakan untuk menentukan pencapaian akademik kanak-kanak sekolah rendah. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 14.8% isi rumah berada dalam kemiskinan dengan 8.6% ibu dan 4.8% bapa didapati tidak mempunyai pendidikan yang formal. Kebanyakan ibu (57.1%)adalah surirumah manakala kebanyakan bapa (61.3%) pula bekerja di sektor swasta.Prevalens kebantutan, kekurangan berat badan dan berlebihan berat badan/obes adalah sebanyak 22.3% 25.1% dan 8.7% masing-masing. Majoriti kanak-kanak tidak mengambil jumlah tenaga yang mencukupi dengan pengambilan kebanyakan nutrien tidak mencapai jumlah yang disarankan oleh RNI. Kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan markah peperiksaan kanak-kanak bagi faktor-faktor jantina anak (p<0.01), saiz isi rumah (p<0.05), bilangan anak (p<0.05), pendidikan ibu bapa (p<0.01), pendapatan per kapita (p<0.01), indeks tinggi-ikut-umur (p<0.05) serta pengambilan tenaga (p<0.01), protein (p<0.01), vitamin A(p<0.01) dan ferum (p<0.01). Tiada perbezaan markah peperiksaan yang signifikan bagi faktor-faktor penglibatan ibu bapa dalam aktiviti akademik kanak-kanak. Hasil kajian akhir menunjukkan bahawa pencapaian akademik kanak-kanak sekolah ini dipengaruhi oleh pendidikan ibu (p<0.01), pengambilan tenaga (p<0.01) dan perbelanjaan bukan makanan dalam isi rumah (p<0.05) (R2 = 27.1 ; F=17.241, p<0.001). Faktor-faktor yang sama juga didapati mempengaruhi pencapaian akademik kanak-kanak sekolah berbangsa India (R2= 30.8; F=14.559, p<0.001). Bagi kanak-kanak Melayu pula, pencapaian akademik dipengaruhi oleh pengambilan tenaga (p<0.01) dan umur anak (p<0.01) (R2= 32.4; F=9.117, p < 0.001). Implementasi program-program pemakanan dan kesihatan di sekolah perlu mengambil kira interaksi pelbagai faktor sosioekonomi dan demografi serta faktor pemakanan dan kesihatan kanak-kanak. Program-program intervensi yang mengambil kira penglibatan ibu bapa dan guru-guru juga diharapkan dapat memberikan impak yang positif dalam melahirkan kanakiii kanak yang cemerlang dari segi intelek, emosi, rohani dan juga jasmani seterusnya menjamin masa depan persekolahan yang lebih baik.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPSK(m)_2011_15R.pdf

Download (444kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Children - Nutrition
Call Number: FPSK(m) 2011 15
Chairman Supervisor: Profesor Madya Zalilah Mohd. Shariff, PhD
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Notes: Profesor Madya Zalilah Mohd. Shariff, PhD
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Jan 2022 04:47
Last Modified: 26 Jan 2022 04:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/21578
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item