Simple Search:

Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2012


Citation

Universiti Putra Malaysia, (2012) Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2012.

Abstract / Synopsis

PRPI 2012 kini telah memasuki tahun penganjurannya yang ke-10. Pameran penyelidikan di UPM telah bermula sejak tahun 1997 semasa Exhibition & Seminar Harnessing for Industry Advantage. Pada tahun 2002, Pameran Reka Cipta dan Penyelidikan (PRP) buat pertama kali telah diadakan dengan menggunakan konsep pertandingan hasil projek penyelidikan yang telah dijalankan oleh para penyelidik UPM. Kejayaan penganjuran PRP 2002 telah merintis usaha untuk menjadikannya sebagai aktiviti tahunan UPM dan ianya terus berkembang sejajar dengan nama barunya yang ditukar kepada Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi yang bermula penganjurannya pada tahun 2005. Sebagai kesinambungan daripada kejayaan penganjuran PRPI 2006, 2007, 2008 dan 2009 yang lalu dan status UPM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan, PRPI 2012 kali ini yang merupakan pameran penyelidikan yang terbesar di UPM terus dilaksanakan dengan aspirasi dan semangat yang lebih jitu. Pameran ini juga menjadi pelantar kepada para penyelidik untuk mengenengahkan hasil penyelidikan yang dijalankan dan penemuan baharu kepada umum. Di samping itu ianya juga menjadi penanda aras terhadap kualiti sesuatu projek penyelidikan bagi melayakkan para penyelidik UPM untuk menyertai pameran di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa. Adalah diharapkan pelaksanaan PRPI 2012 ini akan dapat menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan staf dan juga pelajar UPM sekaligus menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang cemerlang di negara ini.


Download File

[img]
Preview
PDF
TEXT_PRPI_ABSTRACT_BOOK.pdf

Download (6MB)

Additional Metadata

Item Type: Research Directory
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Educational innovations; Research; Exhibitions; PRPI; Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 22 Nov 2012 10:01
Last Modified: 24 Feb 2016 13:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20087
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item