Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2011

Universiti Putra Malaysia, (2011) Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2011.

[img] PDF
2183Kb

Abstract

PRPI 2011 kini telah memasuki tahun penganjurannya yang ke-9. Pameran penyelidikan di UPM telah bermula sejak tahun 1997 semasa Exhibition & Seminar Harnessing for Industry Advantage. Pada tahun 2002, Pameran Reka Cipta dan Penyelidikan (PRP) buat pertama kali telah diadakan dengan menggunakan konsep pertandingan hasil projek penyelidikan yang telah dijalankan oleh para penyelidik UPM. Kejayaan penganjuran PRP 2002 telah merintis usaha untuk menjadikannya sebagai aktiviti tahunan UPM dan ianya terus berkembang sejajar dengan nama barunya yang ditukar kepada Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi yang bermula penganjurannya pada tahun 2005. Sebagai kesinambungan daripada kejayaan penganjuran PRPI 2006, 2007, 2008 dan 2009 yang lalu dan status UPM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan, PRPI 2011 kali ini yang merupakan pameran penyelidikan yang terbesar di UPM terus dilaksanakan dengan aspirasi dan semangat yang lebih jitu. Pameran ini juga menjadi pelantar kepada para penyelidik untuk mengenengahkan hasil penyelidikan yang dijalankan dan penemuan baharu kepada umum. Di samping itu ianya juga menjadi penanda aras terhadap kualiti sesuatu projek penyelidikan bagi melayakkan para penyelidik UPM untuk menyertai pameran di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa. Adalah diharapkan pelaksanaan PRPI 2011 ini akan dapat menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan staf dan juga pelajar UPM sekaligus menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang cemerlang di negara ini.

Item Type:Research Directory
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:20086
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:22 Nov 2012 01:45
Last Modified:22 Nov 2012 02:02

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 22 Nov 2012 01:45.

View statistics for "Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2011"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.