Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2012) Graduan jangan mudah terpengaruh dengan kebebasan bersuara melampau.
|
PDF
62Kb |
Official URL: http://www.upm.edu.my/berita/details/majliskonvoke...
Abstract
SERDANG, 13 Okt - Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar para graduan tidak mudah terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara daripada pihak yang mementingkan ideologi politik mereka. “Beta berharap para pelajar dan graduan tidak terjebak dengan budaya negatif seperti politik kepartian dalam kampus tetapi mereka boleh mengikuti perkembangan politik semasa dalam negara. Namun, para pelajar dan graduan adalah dinasihatkan agar tidak terlalu taksub berpolitik hingga mengabaikan tujuan asal menimba ilmu,” titah baginda. Baginda juga menyeru agar graduan lebih matang dalam menangani apa juga permasalahan yang dihadapi atau yang berlaku di sekeliling. “Beta berharap ilmu yang dipelajari di universiti menjadi panduan agar graduan tidak mengorbankan nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada masyarakat di Malaysia,” titah baginda semasa merasmikan Majlis Konvokesyen ke-36 UPM di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
| Item Type: | UPM News |
|---|---|
| Faculty or Institute: | Universiti Putra Malaysia |
| ID Code: | 19954 |
| Deposited By: | Norhaliza Zainal |
| Deposited On: | 15 Oct 2012 07:16 |
| Last Modified: | 27 May 2013 08:05 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 15 Oct 2012 07:16.
View statistics for "Graduan jangan mudah terpengaruh dengan kebebasan bersuara melampau "