Citation
Ab. Aziz, Sidek and Haron, Salleh and Shaari, Abdul Halim and Chow, Sai Pew and Ahmad, Ghazali
(1990)
Pendekatan ujian tak memusnah bagi penganalisaan ciri kenyal bahan kayu.
In: Seminar Kebangsaan Fizik Dalam Industri, 19-20 Sep. 1990, Johor. (pp. 2-10).
Abstract
Pendekatan ujian tak memusnah berupaya menghasilkan data-data dalam jangkawaktu yang singkat dan tak merosakkan bahan kajian samada bahan kajian di lapangan mahupun di makmal. Halaju gelombang bunyi yang merambat dalam bahan berkayu tang diandaikan bersimetri ortotropik adalah bergantung kepada struktur binaan dan pemalar kenyalnya. Sampel kayu getah (Hevea brazilliensis) telah dikaji bagi mendapatkan ciri kenyalnya menggunakan teknik ujian tak memusnah. Nilai halaju perambatan gelombang kenyal telah diukur pada pelbagai sudut arah butiran bagi sampel kayu getah jenis kering dan basah menggunakan pengukur masa seismos.Walaupun bahan berkayu bersifat ortotropik namun,ciri-ciri awal kenyal kayu getah bagi setiap sampel diperolehi dengan mengandaikan bahan berkayu bersifat isotropik. Hasil perolehan dibandingkan dengan hasil yang dikaji menerusi peralatan Instron 1196. Riviu ke atas kajian sampel kayu Douglas fir (Pseudotsuga menziesii Mirb.) beech (Fagus sylvatica L.) dan spruce (Piceabies (L)karst.) yang dilakukan menerusi teknik ujian tak memusnah ultra sonik turut dibincangkan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |