Tahap Penerimaan Guna Amalan Pertanian Tepat dalam Kalangan Pesawah di Sawah Sempadan, Selangor, Malaysia

Abdullah, Johari (2010) Tahap Penerimaan Guna Amalan Pertanian Tepat dalam Kalangan Pesawah di Sawah Sempadan, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
150Kb

Abstract

Kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memperkenalkan Amalan Pertanian Tepat (APT) berdasarkan Manual Semak Padi untuk meningkatkan pengeluaran padi dan pada masa yang sama mengurangkan import beras. Walau bagaimanapun, pengenalan kepada teknologi baru ini kurang memberi kesan yang menyeluruh, sebagaimana yang diukur daripada tahap pengeluaran dan perbandingan dengan negara pengeluar beras yang lain. Kajian-kajian lampau mendapati bahawa faktor sikap, pengetahuan dan kemahiran dapat menyumbang kepada penerimaanguna teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap sikap, pengetahuan dan kemahiran yang mungkin memberi kesan kepada penerimaanguna APT dalam penanaman padi. Kajian ini juga melihat pengaruh umur, saiz sawah padi, tahap pendidikan, sumber maklumat APT dan penglibatan petani dalam aktiviti-aktiviti sosial terhadap penerimaanguna APT. Kajian ini melibatkan 119 orang responden yang telah dipilih secara Convenience Sampling Method untuk menjadi sampel kajian. Mereka adalah pesawah yang mengusahakan padi di Sawah Sempadan, IADABLS. Maklumat dikumpul menggunakan borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap, pengetahuan dan kemahiran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penerimaanguna APT. Sementara semua faktor demografi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan penerimaanguna APT. Sikap dan kemahiran menyumbang kepada penerimaanguna APT, namun pengetahuan tidak menyumbang kepada penerimaanguna APT. Penerimaanguna APT dalam kalangan pesawah di Sawah Sempadan, Selangor adalah berada pada tahap tinggi. Tahap APT yang tinggi ini menunjukkan pesawah di Sawah Sempadan mempunyai sikap, pengetahuan dan kemahiran terhadap penerimaanguna APT yang baik. Pihak berwajib khususnya Jabatan Pertanian perlulah berusaha mengekalkan lagi dan seterusnya meningkatkan lagi penerimaanguna APT dengan cara memberi latihan dan bimbingan yang dapat mengubah sikap, pengetahuan dan kemahiran pesawah.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Rice - Selangor - Case studies.
Subject:Rice farmers - Selangor - Case studies
Subject:Agricultural innovations - Selangor - Case studies.
Call Number:FPP 2010 23
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:19560
Deposited By: Haridan Mohd Jais
Deposited On:02 Apr 2013 01:45
Last Modified:02 Apr 2013 01:45

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 02 Apr 2013 01:45.

View statistics for "Tahap Penerimaan Guna Amalan Pertanian Tepat dalam Kalangan Pesawah di Sawah Sempadan, Selangor, Malaysia"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.