UPM Institutional Repository

Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Sebagai Petunjuk Pembangunan Komuniti Orang Asli di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia


Citation

Rosnon, Mohd. Roslan (2010) Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Sebagai Petunjuk Pembangunan Komuniti Orang Asli di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini menjelaskan penggunaan barangan dan perkhidmatan sebagai petunjuk kepada pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli di daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia. Komuniti Orang Asli sudah mula mengalami perubahan dari segi penggunaan barangan serta perkhidmatan dan apa yang ingin dipaparkan adalah nilai konsumerisme dan penggunaan barangan serta perkhidmatan merupakan manifestasi kepada salah satu petunjuk kepada pembangunan komuniti dalam masyarakat Orang Asli. Justeru, kajian ini bertujuan menentukan tahap nilai konsumerisme serta penggunaan barangan dan perkhidmatan; menentukan hubungan tahap nilai konsumerisme dengan tahap penggunaan barangan serta perkhidmatan; menjelaskan penggunaan barangan dan perkhidmatan sebagai salah satu petunjuk pembangunan komuniti; dan menentukan hubungan latar belakang dengan tahap nilai konsumerisme, tahap penggunaan barangan serta perkhidmatan. Seramai 325 Orang Asli dari seluruh perkampungan Orang Asli di daerah Jelebu, Negeri Sembilan terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian adalah secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Pemerhatian tidak turut serta juga digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian adalah secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepenggunaan barangan adalah di tahap yang rendah dan tahap penggunaan perkhidmatan di tahap sederhana manakala tahap nilai konsumerisme pula, di tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapatnya hubungan yang signifikan antara tahap nilai konsumerisme dengan tahap penggunaan barangan (²=0.807; p=0.668) dan perkhidmatan (²=2.940; p=0.230). Dapatan kajian tentang hubungan latar belakang dengan tahap nilai konsumerisme menunjukkan ia mempunyai hubungan yang signifikan dengan jantina (²=4.570; p=0.03), tahap pendidikan (²=8.674; p=0.01) dan pendapatan (²=8.592; p=0.01). Dalam aspek hubungan latar belakang dengan tahap penggunaan barangan pula dapatan kajian menunjukkan ia mempunyai hubungan yang signifikan dengan pendapatan (²=33.288; p=0.001), tahap pendidikan (²=75.839; p=0.001) dan lokasi (²=10.610; p=0.005). Selain itu, terdapatnya hubungan yang signifikan antara pendapatan (²=10.235; p=0.03), tahap pendidikan (²=27.254; p=0.001) dan lokasi (²=30.888; p=0.001) dengan tahap penggunaan perkhidmatan. Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam kalangan komuniti Orang Asli sudah mula berubah ke arah penggunaan arus perdana. Justeru elemen pembangunan dari segi dalaman dan fizikal sudah mula berubah ke arah pembangunan arus perdana dengan penggunaan barangan dan perkhidmatan sebagai salah satu petunjuk kepada pembangunan komuniti Orang Asli. Implikasinya, pengetahuan dan pendidikan mengenai kepenggunaan wajar diberikan kepada komuniti Orang Asli agar mereka tidak menjadi mangsa hedonisme kemewahan dunia moden yang dibawa oleh arus perdana.


Download File

[img] PDF
FEM_2010_10_F.pdf

Download (237kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Community development - Negeri Sembilan - Case studies
Subject: Indigenous peoples - Economic conditions - Negeri Sembilan
Subject: Consumer behavior - Negeri Sembilan
Call Number: FEM 2010 10
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 03 Apr 2013 09:00
Last Modified: 03 Apr 2013 09:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19455
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item