UPM Institutional Repository

Estetika dalam Kumpulan Puisi Kanak-Kanak Putera- Puteri Malaysia dan Nota untuk Ibu


Citation

Yusoff, Siti Aishah (2011) Estetika dalam Kumpulan Puisi Kanak-Kanak Putera- Puteri Malaysia dan Nota untuk Ibu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bertajuk Estetika Dalam Kumpulan Puisi Kanak-Kanak Putera-Puteri Malaysia dan Nota Untuk Ibu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri estetika yang terdapat di dalam kumpulan puisi yang dikaji. Kajian akan meneliti 2 buah kumpulan puisi kanak-kanak iaitu Kumpulan Puisi Kanak-Kanak Putera-Puteri Malaysia oleh Khadijah Hashim (2010) dan Nota Untuk Ibu karya oleh Ishak Hamzah (2010). Melalui kedua-dua kumpulan puisi ini, kajian akan merungkai ciri-ciri estetika yang terkandung untuk meneliti adakah terdapatnya estetika dalam kumpulan puisi yang dikaji. Hal ini kerana, terdapat beberapa pandangan yang berbeza telah diberikan oleh para sarjana mengenai definisi estetika. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti estetika yang terdapat dalam kumpulan puisi kanak-kanak. Justeru, bagi meneliti estetika ini, kajian akan menggunakan konsep estetika dan fungsi sastera yang dikemukakan oleh Muhammad Haji Salleh (2006) sebagai teori kajian untuk meneliti kumpulan puisi kanak-kanak yang dikaji. Justeru, kajian ini akan merungkai segala permasalahan kajian yang mendasari kajian ini. Kajian akan menggunakan kaedah kepustakaan iaitu meneliti buku rujukan, majalah, jurnal, serta kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Selain itu, konsep estetika yang dikemukakan oleh Muhammad Haji Salleh (2006) terdapat 14 konsep estetika yang dibincangkan, namun hanya 8 konsep estetika yang berkaitan sahaja akan diaplikasikan dalam kajian ini. Selain menggunakan konsep estetika sebagai teori untuk diaplikasikan dalam kajian, fungsi sastera juga akan digunakan untuk merungkai estetika dalam kumpulan puisi yang dikaji. Hal ini kerana, sekiranya meneliti fungsi sastera itu, ianya amat berkait dengan estetika. Justeru, berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap estetika dalam kumpulan puisi kanak-kanak Putera-Puteri Malaysia dan Nota Untuk Ibu dapat dikesan nilai keindahan yang terungkap antaranya metafora, pengulangan kata, puisi sebagai pengajaran dan banyak lagi. Hal ini menjelaskan bahawa nilai estetika sememangnya ada dalam kumpulan puisi yang dikaji.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2011_14.pdf

Download (518kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Children's poetry
Subject: Aesthetics
Subject: Poetry - History and criticism
Call Number: FBMK 2011 14
Chairman Supervisor: Normaliza Abd. Rahim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 14 Apr 2014 06:48
Last Modified: 14 Apr 2014 06:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19411
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item