Keyword Search:

UPM juara Pertandingan Simulasi Perniagaan IPTA

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat, (2012) UPM juara Pertandingan Simulasi Perniagaan IPTA.

[img] PDF
51Kb

Official URL: http://www.upm.edu.my/berita/details/pertandingans...

Abstract

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Enam pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih hadiah wang tunai RM10,000 apabila memenangi tempat pertama Pertandingan Simulasi Perniagaan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mengulas kejayaan itu, ketua kumpulan, Lee Yoong Jan tidak menyangka inovasi yang dikomersilkan secara simulasi oleh kumpulannya mampu menarik minat juri dan berharap perisian itu akan dimanfaatkan oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia. Kumpulan itu turut disertai oleh Siti Rubiah Ngadiman, Munirah Afifah Mokhtar, Tan Kah Kok dan Nurul Amalina Hassan. “Kumpulan kami telah mengkomersialkan laman web yang mempunyai perisian dalam mengesan kanak-kanak yang mempunyai disleksia atau tidak. “Sekiranya kanak-kanak mempunyai gangguan berkenaan, kami menawarkan penyelesaian dengan modul, bantuan cakera padat serta buku teks Perisian Tutor Phonic,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan simulasi IPTA di sini.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:18757
Deposited By: Norhaliza Zainal
Deposited On:15 Mar 2012 12:05
Last Modified:27 May 2013 16:00

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 15 Mar 2012 12:05.

View statistics for "UPM juara Pertandingan Simulasi Perniagaan IPTA"