UPM Institutional Repository

Perubahan Bahasa Dalam Kelompok Sosial Pelajar Kadazandusun di Sabah, Malaysia


Citation

Cheong, Shaw Mei. (2010) Perubahan Bahasa Dalam Kelompok Sosial Pelajar Kadazandusun di Sabah, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pembangunan dan perkembangan teknologi yang sedang dialami oleh negara secara langsung telah mendatangkan pelbagai perubahan dan kesan sampingan kepada masyarakat termasuk bahasa. Selari dengan perkembangan ini, penyelidik teruja untuk mengkaji tentang realiti perubahan bahasa dalam kelompok sosial pelajar Kadazandusun di Penampang, Sabah. Kajian ini merupakan satu kajian kes ditadbir ke atas seluruh populasi pelajar Kadazandusun tingkatan 2 dan tingkatan 4 di Sekolah Menengah St Michael, Penampang, Sabah. Kajian ini dilakukan secara intensif ke atas satu unit masyarakat sekolah berdasarkan tiga teori, iaitu Teori Penyimpangan Rawak (Hockett,1958), Teori Fesyen dan Ketidaktentuan Rawak (Postal, 1968) serta Teori Stratum Bawah (Aitchison,1998). Signifikan daripada kajian ini ialah pembuktian teori berdasarkan kesesuaian konteks dan situasi bahasa dalam masyarakat setempat. Selain itu, penyelidik juga mendapati bahawa status bahasa ibunda pada masa kini berada di kedudukan yang stabil dan ini boleh dihubungkaitkan dengan dapatan kajian yang menunjukkan terdapat persamaan perubahan bahasa antara pelajar di dalam bandar dan di luar bandar Donggongan. Didapati strategi teknik pembelajaran bahasa Melayu pelajar Kadazandusun yang paling dominan ialah teknik penghafalan ayat. Pelajar kurang menggunakan bahasa Melayu di luar daripada konteks formal, yakni pelajar lebih banyak menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Melayu dialek Sabah. Hal ini juga ada kaitan dengan status bahasa ibunda yang masih stabil dalam kehidupan seharian pelajar dan persamaan perubahan bahasa yang berlaku kerana pelajar tingkatan 2 dan 4 mengamalkan strategi pembelajaran yang sama. Sokongan daripada masyarakat Kadazandusun untuk melaksanakan program pengukuhan bahasa ibunda pelajar Kadazandusun sepatutnya lebih menyeluruh mengikut perancangan Yayasan Bahasa Kadazandusun di Sabah.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2010_17_A.pdf

Download (455kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Linguistic change - Sabah
Subject: Social groups - Sabah
Subject: Dusun language - Sabah.
Call Number: FBMK 2010 17
Chairman Supervisor: Profesor Madya Noor Aina Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 27 May 2013 08:00
Last Modified: 27 May 2013 08:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18746
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item