Simple Search:

Definisi harian identiti dan kecinaan orang cina di Malaysia


Citation

Lee, Yok Fee (2007) Definisi harian identiti dan kecinaan orang cina di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Sains Sosial : Sains Sosial Teras Pembangunan Modal Insan., 20-21 Mei 2007, Kuala Lumpur. (pp. 58-74). (Unpublished)

Abstract / Synopsis

Secara umumnya, penelitian dan wacana konsep identiti secara ilmiah telah berkembang nengikut perubahan struktur sosial dalam proses sosial seperti perindustrian, modenisasi dan globalisasi. Konsep identiti juga berubah mengikut perkembangan pemikiran sosial, iaitu pembentukan dan perubahan paradigma falsafah pengetahuan seperti perkembangan dari perspektif teoretikal struktural ke pascastruktural dan ke pascarnodenisme. Hasil kajian identiti secara saintifik turut dirujuk pemimpin negara untuk pembentukan polisi dan projek pembinaan bangsa, khasnya pembentukan identiti bangsa. Maka, tahap dan kualiti pengetahuan pada peringkat anggota masyarakat sebagai pelaku sosial yang lebih dekat dengan apa yang sebenarnya berlaku di dalam masyarakat adalah penting diketahui. Dalam kertas kerja ini, pengkaji menghuraikan bagaimana orang Cina mendefinisikan konsep identiti dan melihat identiti mereka sebagai Cina Malaysia dalam konsep kecinaan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan abductive yang mementingkan keterangan pelaku sosial untuk mewujudkan sesuatu keterangan saintifik sosial. Dengan itu, kaedah temu bual secara mendalam digunakan untuk mengumpul data daripada dua belas orang responden. Sudah pasti, sampel yang kecil ini tidak dapat mewujudkan satu generalisasi yang mewakili orang Cina di Malaysia, namun naratif yang dikumpul mencerminkan realiti sosial yang berlaku di masyarakat Cina. Hasil kajian menunjukkan bahawa konsep identiti dan kecinaan diberikan maknanya berdasarkan beberapa konteks. Antaranya, identiti dilihat sebagai kehidupan seseorang, identiti merupakan persepsi orang lain, identiti adalah situasional dan identiti adalah tentang diri sendiri. Konsep kecinaan pula dibincangkan dalam konteks bahasa, kebudayaan. hubungan dengan China, ras dan keturnnan keluarga. Selain itu, kecinaan juga dilihat sebagai sesuatu yang kompleks dan bersifat dinamik.


Download File

[img] PDF
ID 18712.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Chinese - Malaysia - Ethnic relations
Subject: Chinese - Malaysia - Ethnic identity
Subject: Chinese - Malaysia
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 01 Mar 2012 08:40
Last Modified: 07 Nov 2013 11:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18712
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item