UPM Institutional Repository

Pupuk kefahaman sejarah kepada pelajar


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pupuk kefahaman sejarah kepada pelajar. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 16 Okt – Minat dan kefahaman mengenai sejarah Malaysia harus dipupuk terhadap pelajar bagi mengelakkan kekeliruan tafsiran pada masa akan datang. Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata apabila sejarah negara dipelajari dan difahami dengan betul, ia tidak akan diputarbelitkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri. Baginda bertitah kebelakangan ini sejarah negara sering diputarbelitkan menjadi cereka yang boleh diubahsuai. “Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan sejarah negara menjadi tunggang terbalik sehingga menukarkan satu kesalahan kepada kebenaran. Ini adalah satu perkara yang sangat menyedihkan Beta. “Sekali lagi Beta berharap agar dipupuk keinginan mengetahui sejarah kepada pelajar-pelajar kerana sejarah itu adalah seumur hidup,” titah baginda pada hari kedua Majlis Konvokesyen UPM ke-35 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. Pada majlis konvokesyen itu seramai 7,327 graduan menerima ijazah masing-masing. Daripada jumlah itu 369 menerima ijazah doktor falsafah (PhD), 1,816 ijazah master, 4,744 ijazah bacelor dan 398 diploma.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pupuk_kefahaman_sejarah_kepada_pelajar.pdf

Download (91kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 30 Nov 2011 04:12
Last Modified: 27 May 2013 07:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18577
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item