UPM Institutional Repository

KEPERTAMA juara Sukan Tiga Penjuru persatuan/kesatuan UPM 2011


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) KEPERTAMA juara Sukan Tiga Penjuru persatuan/kesatuan UPM 2011. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 30 Julai – Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA) muncul juara bagi Kejohanan Sukan Tiga Penjuru Persatuan/Kesatuan UPM 2011 yang telah diadakan baru-baru ini. KEPERTAMA yang keahliannya terdiri daripada kakitangan sokongan UPM telah meraih tempat pertama dalam enam daripada tujuh acara iaitu sepak takraw, ping pong, golf, bola jaring, karom dan badminton. Kejohanan anjuran bersama Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM), Pegawai Akademik UPM (PPAUPM) dan Kesatuan Kakitangan Am UPM (KEPERTAMA) yang berlangsung dari 24 hingga 30 Julai lalu. Seorang peserta pasukan KEPERTAMA, Kadir Mohd Alias berkata kerjasama yang kukuh antara pasukan telah melayakkan KEPERTAMA menjadi juara. “Kejayaan KEPERTAMA menjuarai enam jenis permainan hasil latihan gigih sebelum kejohanan bermula,” katanya. Peserta PPUPM, Hamidah Meseran berkata penglibatannya dalam acara bola jaring dapat mengurangkan tekanan kerja dan boleh merehatkan fikiran. “Saya merasakan kejohanan ini membantu saya mengurangkan tekanan kerja serta merehatkan fikiran,” katanya. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Sosial, UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar berkata sukan itu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan memberi kesan jangka panjang untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. “Saya lihat sukan ini telah menghasilkan kesepakatan kerja antara pegawai dan kakitangan. Harapan saya kejohanan yang julung kalinya diadakan ini dijadikan sukan tahunan UPM,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
KEPERTAMA_juara_Sukan_Tiga_Penjuru_persatuan-kesatuan_UPM_2011.pdf

Download (117kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 12 Aug 2011 07:25
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18106
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item