Bulan Putra Satria 2011 iktiraf staf akademik cemerlang

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Bulan Putra Satria 2011 iktiraf staf akademik cemerlang.

[img] PDF
94Kb

Abstract

SERDANG, 11 Julai - Bulan Putra Satria 2011, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung selama dua bulan menutup tirai dengan memberi pengiktirafan kepada staf akademiknya yang cemerlang. Antara yang menerima anugerah ialah Profesor di Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din dan pensyarah jurusan undang-undang dari Fakulti Ekonomi, Prof. Madya Dr. Rozanah Ab. Rahman. Kedua-dua mereka menerima Pingat Emas Anugerah Pengajaran Putra 2010 (APP10) bagi kategori Anugerah Pengajar Cemerlang. Turut meraih Pingat Emas APP10, kategori Anugerah Pengajar Muda ialah Profesor daripada Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dr. Goh Yong Meng dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan, Dr. Harlisya Harun . Penerima Pingat Perak APP10, bagi kategori Anugerah Pengajar Cemerlang pula diraih oleh Dr. Chen Hui Cheng daripada Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Madya Dr. Mohd. Shatar Sabran (Fakulti Ekologi Manusia) dan Prof Madya Dr. Wahid Haron (Fakulti Perubatan Veterinar). Pingat Perak APP10, bagi kategori Anugerah Pengajar Muda pula diraih oleh Dr. Zurina Zainuddin (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Dr. Hazilawati Hamzah (Fakulti Perubatan Veterinar) dan Dr. Syamsiah Mashohor (Fakulti Kejuruteraan). Penerima Pingat Gangsa, APP10 bagi kategori Anugerah Pengajar Cemerlang diraih oleh Dr. Norsida Man (Pusat Pengembangan Usahawan dan Pemajuan Profesional) dan Prof. Madya Dr. Abdulkarim Sabo Mohamed (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan). Pingat Gangsa APP10, kategori Anugerah Pengajar Muda pula diraih oleh Dr. Wan Zuhanis Saad, Dr. Ong Kiat Huat, Dr. Khin Ohnmar Naing@Nordin, Prof. Dr. Haslinda Abdullah@Betsy dan Dr. Azrul Hazri Jantan. Anugerah APP10 merupakan pengiktirafan kepada pegawai akademik yang menunjukkan kecemerlangan dan kreativiti yang tinggi dalam pengajaran di samping memartabatkan profesion akademik melalui anugerah pengajar cemerlang. Pingat dan sijil disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris. Turut menerima Anugerah Pensyarah Pilihan ialah Prof. Madya Dr. Mohd. Ridzwan Abd. Halim daripada Fakulti Perhutanan, Dr. Kamziah Abd. Kudus (Fakulti Perhutanan), Prof. Dato’ Tengku Azmi Tengku Ibrahim (Fakulti Perubatan Veterinar), Prof. Madya Dr. Rozanah Ab. Rahman (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan), Prof. Madya Dr. Rosnaini Mahmud (Fakulti Pengajian Pendidikan) dan Prof. Madya Dr. Zanariah Abd. Majid (Fakulti Sains). Selain itu, Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrim Ab. Karim (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan), Dr. Mohd. Ibrani Shahrimin Adam Assim (Fakulti Ekologi Manusia), Dr. Adi Yasran Abdul Aziz (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi), Prof. Dr. Mustafa Kamal Mohd. Shariff (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) dan Dr. Zurina Zainuddin (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan). Lain-lain ialah Prof. Madya Dr. Hamidah Ibrahim (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Prof. Madya Dr. Mohd. Pauzi Zakaria (Fakulti Pengajian Alam Sekitar), Prof. Madya Dr. Osumanu Haruna Ahmad (Fakulti Sains Pertanian dan Makanan) dan Dr. Nor Fadzilah Mohd. Mokhtar (Pusat Asasi Sains Pertanian). Pada majlis yang sama, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba turut diundang bagi menyampaikan Wacana Intelek Siri ke-26 bertajuk Integriti dalam Pembangunan Modal Insan. Dalam wacana tersebut beliau mengupas mengenai asas modal insan iaitu prinsip dan keikhlasan yang perlu ada bagi golongan pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bulan Satria Putra yang bermula 9 Mei hingga 7 Julai 2011 merupakan bulan pensyarah yang dianjurkan secara tahunan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM. Program yang bertemakan Melestari Integriti Akademia itu bertujuan meraikan para pensyarah yang banyak menyumbang kepada kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di UPM.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:18050
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:05 Aug 2011 04:28
Last Modified:27 May 2013 07:57

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 Aug 2011 04:28.

View statistics for "Bulan Putra Satria 2011 iktiraf staf akademik cemerlang"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.