Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Dato’ NC UPM Dianugerahkan Tauliah Kolonel (Kehormat).
| PDF 67Kb |
Abstract
SERDANG, 27 Julai – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi telah dianugerahkan tauliah Kolonel (Kehormat) di dalam Angkatan Sukarela Persekutuan selaku Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia dalam satu upacara pemakaian pangkat di UPM. Upacara pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan disaksikan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusoff. Penganugerahan tauliah tersebut telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di atas syor Majlis Angkatan Tentera Kali ke-504 yang bersidang pada 8 Jun 2011 yang lalu.
| Item Type: | UPM News |
|---|---|
| Faculty or Institute: | Universiti Putra Malaysia |
| ID Code: | 17945 |
| Deposited By: | Muizzudin Kaspol |
| Deposited On: | 05 Aug 2011 11:52 |
| Last Modified: | 09 Aug 2012 09:25 |
Repository Staff Only: item control page