UPM Tuan Rumah Karnival Sukan MASUM 2011

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM Tuan Rumah Karnival Sukan MASUM 2011.

[img] PDF
81Kb

Abstract

SERDANG, 19 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku tuan rumah Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) 2011 memulakan persaingan temasya sukan itu yang melibatkan seramai 4,477 atlet daripada 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari 18 hingga 30 Jun ini. Pengerusi Jawatankuasa Induk Karnival Sukan Masum 2011, Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata sebanyak 19 jenis sukan dipertandingkan iaitu badminton, bola baling, bola keranjang, bola tampar, boling padang, boling tenpin, catur, hoki, karate-do, memanah, olahraga, pencak silat, ping pong, ragbi, renang,sepaktakraw, skuasy, sofbol dan tenis. “ Sebanyak 12 jenis sukan dipertandingkan pada fasa satu dari 18 hingga 24 Jun 2011 manakala 7 jenis sukan pada fasa kedua iaitu 25 hingga 30 Jun 2011,” katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UPM. Karnival itu menyaksikan penyertaan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Omar Abd. Rahman berkata penuntut IPTA adalah sasaran utama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam melahirkan 30 peratus atlet dikalangan IPT yang mewakili negara ke peringkat antarabangsa. “Penganjuran Karnival Sukan MASUM 2011 merupakan kejohanan yang memiliki nilai prestij yang tinggi serta landasan terbaik sebagai medan untuk mengenalpasti atlet berpotensi mewakili negara di peringkat IPTA. “Ternyata kejohanan ini akan memberi impak yang positif kepada UPM dan MASUM dari pelbagai sudut terutamanya dalam mendukung inspirasi dan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi dalam program pembangunan sukan di peringkat IPT di Malaysia. “Dengan pelaksanaan skim Pusat Kecemerlangan Sukan dan Pusat Sukan Tumpuan, KPT begitu serius dan komited terhadap IPT di dalam melahirkan atlet yang bijak atau disebut sebagai ‘thinking athlete’,” katanya ketika merasmikan Karnival Sukan MASUM 2011di Stadium UPM. Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Pengerusi MASUM, Profesor Dr. Shaharudin Abd. Aziz.

Item Type:UPM News
ID Code:17802
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:23 Jun 2011 09:41
Last Modified:27 May 2013 07:56

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 23 Jun 2011 09:41.

View statistics for "UPM Tuan Rumah Karnival Sukan MASUM 2011"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.