Teh, Saidin and Hamzah, Azimi (1986) Peranan agensi dalam pembentukan pandangan hidup petani untuk menghadapi cabaran pembangunan. In: Seminar Pembangunan Insan Dalam Konteks Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian, 11-14 July 1986, Pusat Latihan Bank Pertanian Malaysia, Bandar Baru Bangi, Kajang.
Full text not available from this repository.
Abstract
Sektor pertanian di negara ini mempunyai berbagai cabaran dalam merealisasikan pembangunan. Antaranya ialah penggunaan sumber yang cekap; pengubahsuaian teknologi; kekurangan tenaga kerja, pulangan ladang yang rendah dan pemasaran yang berkesan. Sekiranya sektor pertanian akan terus memainkan peranan sebagai salah satu daripada sumber utama ekonomi negara, petani-petani perlulah disediakan untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Untuk tujuan itu, sebagai asas dan mekanisma untuk bertindak, mereka ini hendaklah mempunyai beberapa perlakuan dan pandangan hidup yang positif seperti berfikiran terbuka, berpengetahuan, berdikari, berpandangan jauh,bersemangat kekitaan, bertanggunjawab terhadap komuniti, melibatkan diri, mengetahui potensi dan mengenal pasti sumber-sumber. Menyedari akan cabaran-cabaran sektor pertanian dan persediaan-persediaan yang diperlukan oleh petani, pendekatan agensi hendaklah bermula dengan tahap persediaan petani masa kini dan masalah berkaitan. Berdasarkan kepada asas-asas ini dan matlamat-matlamat yang dikenalpasti, agensi-agensi pembangunan bolehlah menyesuaikan peranan mereka. Di antara peranan-peranan utama agensi yang sesuai dengan matlamat-matlamat yang diharapkan ialah sebagai mangkin, sebagai penghubung sumber, sebagai penyelesaian masalah dan pembantu proses.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Subject: | Agricultural development projects |
| Subject: | Agricultural assistance |
| Subject: | Farmers - Education |
| Faculty or Institute: | Faculty of Agriculture |
| ID Code: | 17782 |
| Deposited By: | Samsida Samsudin |
| Deposited On: | 20 Jul 2011 14:22 |
| Last Modified: | 20 Jul 2011 14:24 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 20 Jul 2011 14:22.