UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia.

[img] PDF
97Kb

Abstract

SERDANG, 7 Jun – Tiga penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan perisian baharu berbentuk cakera padat iaitu Phonics Tutor Software untuk kanak-kanak disleksia visual. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM berkata penemuan teknologi itu membantu kanak-kanak disleksia visual menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M). Beliau berkata perisian itu menggunakan enam kaedah mengeja berteraskan Orton-Gillingham Phonogram serta membantu mereka mencungkil kebolehan dalam aspek berbeza. “Produk yang dianggarkan berharga RM250 di pasaran kelak menekankan aspek bacaan bahasa Melayu berteraskan Teori Levinson yang sesuai untuk murid disleksia berumur empat hingga sembilan tahun. “Ini sesuai dengan suasana pembelajaran di Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar berbanding produk disleksia lain yang menggunakan bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media Putra Cipta UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) dan Pejabat Pemasaran dan komunikasi (MarComm) di sini. Beliau berkata produk direka untuk kepentingan murid-murid pemulihan yang mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia dalam proses pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, produk itu juga boleh digunakan untuk penggunaan murid-murid tadika dan pra sekolah. Menurutnya produk itu membantu guru pendidikan khas mengatasi masalah pembelajaran dan keperluan pendidikan kanak-kanak disleksia. “Kaedah ini boleh dimanfaatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas, Pusat Perkembangan Kurikulum, guru dan ibu bapa untuk menangani masalah bacaan bahasa Melayu pada golongan terbabit,” katanya yang juga pensyarah dan penyelidik di Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM. Dr. Vijayaletchumy berkata penyelidikan selama tiga tahun itu telah difailkan paten dan dibiayai oleh Geran Penyelidikan UPM. Beliau dibantu oleh dua penyelidik lain iaitu pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani dan pelajar tahun akhir Jabatan Bahasa Melayu, UPM Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. Produk yang dihasilkan daripada teknologi penilaian Disleksia Bahasa Melayu atas talian itu pernah memenangi pingat emas International Invention Innovation Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) 2011, Anugerah Khas Harta Intelek Sedunia dan Program Symbiosis Keusahawanan UPM-MTDC. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus iaitu masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual melalui bunyi. Selain itu, penghidap disleksia mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.

Item Type:UPM News
ID Code:17758
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:16 Jun 2011 08:08
Last Modified:27 May 2013 07:56

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 16 Jun 2011 08:08.

View statistics for "UPM Cipta Perisian Fonik Tutor untuk Kanak-kanak Disleksia"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.