Simple Search:

Wacana seksualiti insan dalam novel pujangga melayu oleh Mohd. Affandi Hassan.


Citation

Abd Rani, Mohd Zariat (2006) Wacana seksualiti insan dalam novel pujangga melayu oleh Mohd. Affandi Hassan. Jurnal SARI, 24. pp. 121-159. ISSN 0127-2721

Abstract / Synopsis

Kesusasteraan Melayu masa kini dibanjiri gagasan sastera dengan terasnya yang berbagai-bagai. Namun demikian, gagasan tersebut menjurus kepada matlamat yang sama: menyediakan kerangka pemahaman tentang karya sastera yang bermutu. Kebanyakan gagasan itu dijana melalui tulisan ilmiah, berbanding karya kreatif. Hal ini menimbulkan persoalan seperti apakah tulisan kreatif tidak dapat menjadi wadah yang “sah” untuk melahirkan gagasan? Sehubungan itu, rencana ini menjadikan novel Pujangga Melayu (1997) karya Mohd. Affandi Hassan sebagai bahan kajian, kerana ia diajukan sebagai terjemahan konkrit dalam bentuk tulisan kreatif terhadap gagasan Persuratan Baru, yang sebelum itu terjana novelisnya melalui tulisan ilmiah. Dengan menjadikan seksualiti manusia sebagai subjek, rencana ini akan menganalisis pengertian seksualiti yang terkandung dalam novel itu dengan membandingkannya dengan falsafah dan prinsip asas yang mendasari Persuratan Baru. Daripada analisis, didapati pemahaman seksualiti yang terkandung dalam novel itu sejajar dengan falsafah dan prinsip Persuratan Baru yang berpaksikan Taklif, iaitu perakuan terhadap hakikat keterikatan manusia dengan Pencipta mereka. Kajian ini turut menjelaskan pemahaman tersebut tidak sahaja diberi novelisnya melalui manipulasi alat-alat penceritaan, tetapi juga (dan yang lebih dominan) ialah penggemblengan wacana.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Wacana seksualiti insan dalam novel pujangga melayu oleh Mohd.pdf

Download (182kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Sex (psychology) in literature.
Subject: Sex role in literature.
Subject: Malay literature.
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Seksualiti; Kejantinaan; Ilmu; Wacana.
Depositing User: Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 22 Feb 2012 08:32
Last Modified: 09 Dec 2015 11:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17614
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item