Unsur alam dalam ujana kreatif dari prespektif seni bahasa.

Kassim, Norhidayu and Sujud, Arba’ie (2010) Unsur alam dalam ujana kreatif dari prespektif seni bahasa. Jurnal ASWARA, 5 (2 ). pp. 60-69. ISSN 1985-2606

Full text not available from this repository.

Abstract

Sesebuah karya sastera juga merupakan manifestasi pengarangnya. Fenomena dan persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam karya sastera merupakan realiti kehidupan masyarakatnya. Pengarang sebagai pelakar yang merakamkan fenomena di sekitarnya untuk dikongsi bersama khalayak pembacanya. Lantaran itu, ungkapan sastera sebagai cerminan masyarakat merupakan refleksi kehidupan sebenar manusia yang diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh penulisnya. Dalam hal ini, unsur kreativiti diadun secara imaginasi bagi menimbulkan kesan langsung kepada khalayak pembaca. Dalam hal ini unsur alam merupakan salah satu sumber yang dijadikan rujukan oleh pengarang dalam mengetengahkan idea kerana menurut Zurinah Hassan, alam adalah guru yang paling baik. Justeru kertas kerja ini akan membincangkan penggunaan unsur alam dalam karya dengan memberikan fokus terhadap penggunaan bahasa sastera dalam menyampaikan maksud secara tersurat mahupun tersirat yang di dalamnya mencerminkan ketinggian dan kebijaksanaan masyarakat atau pengarangnya di samping mengenal pasti unsur alam yang paling dominan digunakan dalam sesebuah karya sastera. Dalam hal ini, penelitian dibuat terhadap beberapa genre sastera sama ada puisi atau prosa. Justeru akan ditemukan penerapan unsur flora dan fauna dalam karya kreatif yang di dalamnya terungkap rahsia dan khazanah untuk dikongsi bersama.

Item Type:Article
Keyword:Sastera; Unsur alam; Seni bahasa.
Subject:Nature in literature.
Subject:Malay poetry - History and criticism.
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
ID Code:17527
Deposited By: Nida Hidayati Ghazali
Deposited On:20 Feb 2012 02:29
Last Modified:20 Feb 2012 02:29

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 20 Feb 2012 02:29.

View statistics for "Unsur alam dalam ujana kreatif dari prespektif seni bahasa."


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.