Mohamad, Ab Halim (2009) Tahap komunikasi dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar sarjana muda bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Educations, 1 (1). pp. 1-14. ISSN 1985-6326
Full text not available from this repository.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sebab yang menghalang penggunaan bahasa Arab. Kajian telah dijalankan terhadap 130 orang pelajar sarjana muda bahasa Arab di lima buah IPTA (UPM, UKM, UM, UIAM dan UISM). Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar IPTA tempatan adalah rendah, sama ada di dalam ataupun luar bilik kuliah. Tahap penggunaan bahasa Arab yang rendah itu disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman. Faktor dalaman adalah perasaan pelajar terhadap bahasa yang dipelajari seperti malu, tidak yakin, takut, tidak bersemangat dan sebagainya. Dapatan kajian ini memberi implikasi praktikal terhadap teknik dan kaedah pengajaran bahasa Arab dalam usaha mempertingkatkan penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sarjana muda bahasa Arab.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Tahap penguasaan bahasa; Bahasa arab; Kaedah pengajaran bahasa |
| Subject: | Arabic language - Study and teaching |
| Subject: | Arabic language - Study and teaching - Foreign speakers |
| Faculty or Institute: | Faculty of Modern Language and Communication |
| Publisher: | Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| ID Code: | 16961 |
| Deposited By: | Nida Hidayati Ghazali |
| Deposited On: | 21 Feb 2012 09:50 |
| Last Modified: | 29 Oct 2012 13:02 |
Repository Staff Only: item control page