Sahsiah dan jati diri Negara bangsa dalam manuskrip undang-undang pelabuhan Kedah.

Abdul Aziz , Adi Yasran and Hassan, Halimah (2009) Sahsiah dan jati diri Negara bangsa dalam manuskrip undang-undang pelabuhan Kedah. Jurnal ASWARA, 4 (2). pp. 129-139. ISSN 1985-2606

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan menjelaskan beberapa aspek penting dalam pembinaan sahsiah dan jati diri negara bangsa Melayu khususnya dan bangsa-bangsa lain di Malaysia amnya termasuklah melalui penggunaan bahasa dan tulisan Melayu (Jawi). Kajian ini adalah berdasarkan manuskrip undang-undang pelabuhan Kedah yang dianggap sebagai undang-undang pelabuhan Melayu lama yang paling lengkap. Pelabuhan Kuala Kedah di Kedah dipercayai telah muncul sebagai pelabuhan terbesar di Nusantara pada abad ke-17 dan ke-18 Masihi selepas kejatuhan Melaka dan kemerosotan pelabuhan Banda, Aceh. Pada masa itu, pelabuhan ini telah menjadi tumpuan pedagang asing termasuk India, China dan Inggeris. Kemunculan pelabuhan Kuala Kedah sebagai pelabuhan terpenting di rantau ini telah mendorong kerajaan Kedah pada masa itu mengkanunkan undang-undang pelabuhannya sendiri. Oleh itu, penggunaan bahasa dan tulisan Melayu dalam Undang-undang Pelabuhan Kedah ini tentunya telah memperkasakan bahasa dan tulisan Melayu itu sendiri. Selain itu, terdapat beberapa aspek pembinaan jati diri lain yang telah dikenal pasti, iaitu penggunaan bismillah sebagai mukadimah, penggunaan tahun Melayu, perisytiharan negeri Islam serta penggunaan ayat al-Quran dan hadis. Aspek ini akan diberikan penjelasan dan dinilai sebagai aspek yang perlu dipertahankan dan diperkasakan dalam pembinaan sahsiah dan jati diri negara bangsa.

Item Type:Article
Keyword:Bahasa Melayu; Tulisan Jawi; Jati diri Melayu; Negara bangsa; Undang-undang Pelabuhan Kedah.
Subject:Nationalism - Malaysia.
Subject:National characteristics, Malaysian.
Subject:Group identity - Malaysia.
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
ID Code:16608
Deposited By: Nida Hidayati Ghazali
Deposited On:09 Feb 2012 05:01
Last Modified:09 Feb 2012 05:01

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Feb 2012 05:01.

View statistics for "Sahsiah dan jati diri Negara bangsa dalam manuskrip undang-undang pelabuhan Kedah."


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.