Keyword Search:


Bookmark and Share

Revolusi seksual: penelitian terhadap laporan penyelidikan Alfred C. Kinsey, penginstitusian dan kesannya kepada fahaman seksualiti masyarakat barat

Abd Rani, Mohd Zariat (2002) Revolusi seksual: penelitian terhadap laporan penyelidikan Alfred C. Kinsey, penginstitusian dan kesannya kepada fahaman seksualiti masyarakat barat. Akademika, 61 . pp. 111-128. ISSN 0126-5008

[img] PDF (Abstrak)
35Kb

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/2935

Abstract

Kehadiran data penyelidikan saintifik yang dilakukan oleh Alfred C. Kinsey tentang seksualiti manusia ini dianggap penting lantaran kebanyakan aspek yang lahir daripada kajian ini dikatakan memberi kesan yang signifikan terhadap fahaman dan amalan seksualiti masyarakat Barat. Justeru, perubahan fahaman dan amalan seksualiti Barat daripada yang bersifat konservatif kepada yang bercorak permisif ini turut ditanggapi oleh beberapa pihak sebagai satu hasil yang lahir daripada proses bikinan sosial. Hakikat ini juga banyak mengambil kira proses penginstitusian yang rata-rata dilakukan oleh beberapa buah organisasi sosial dan akademik dalam usaha memperagakan fahaman serta amalan seksualiti baru bagi masyarakat Barat yang permisif. Bertolak daripada kesignifikanan data saintifik tentang perlakuan manusia yang diterbitkan oleh Kinsey ini, makalah ini akan meneliti proses penginstitusian yang dikatakan dilakukan terhadap data-data tersebut serta mengamati kesannya terhadap fahaman seksualiti Barat.

Item Type:Article
Keyword:Sexual beliefs and practice; Conservative; Permissive; Social construction
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
ID Code:16570
Deposited By: Nida Hidayati Ghazali
Deposited On:22 Feb 2012 08:41
Last Modified:23 Aug 2017 13:35

Repository Staff Only: Edit item detail