UPM Institutional Repository

UPM, Polis Kukuhkan Kerjasama Atasi Kes Jenayah Kampus


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM, Polis Kukuhkan Kerjasama Atasi Kes Jenayah Kampus. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 31 Mei – Bahagian Keselamatan Universiti (BKU), Universiti Putra Malaysia memperkukuhkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menurunkan kadar jenayah di dalam kampus dengan menjalankan program Kepolisian Kampus. Ketua Polis Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, UPM merupakan IPT pertama yang menjalinkan kerjasama dengan polis melalui program itu. “Saya berharap ianya dapat dijadikan satu platform oleh universiti awam dan swasta yang lain bekerjasama dengan PDRM pada masa hadapan selaras dengan matlamat menjadikan kampus sebagai zon yang selamat. “Bahagian Keselamatan diminta lebih mengetatkan kawalan keluar masuk ke dalam kampus bagi memastikan keselamatan harta benda dan nyawa,” katanya pada Majlis Dialog Bahagian Keselamatan UPM dan PDRM di sini. Sementara itu, Pengarah Bahagian Keselamatan UPM, Mejar (B) Feisal Awang berkata, program itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran warga kampus agar menjaga keselamatan diri, harta benda universiti dan harta peribadi di dalam kampus. “Program ini turut melibatkan peranan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan badan beruniform lain. “Ini menjadikan bersama anggota polis Serdang dengan anggota Bahagian Keselamatan UPM menjadi gabungan yang mantap dan lebih berkesan dalam operasi membanteras jenayah di kampus pada masa akan datang,” katanya. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA), UPM, Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM,_Polis_Kukuhkan_Kerjasama_Atasi_Kes_Jenayah_Kampus.pdf

Download (117kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 10 Jun 2011 04:13
Last Modified: 27 May 2013 07:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12623
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item