Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Program MyCareer MyFuture atasi pengangguran.
| PDF 56Kb |
Abstract
SERDANG, 30 Mei – Program MyCareer MyFuture berusaha meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam mengatasi isu pengangguran pada masa kini. Pengarah Pusat Penempatan Kerjaya (PPK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Che An Abdul Ghani berkata program itu bertujuan mengurangkan pengambilan pekerja asing di Malaysia dan membantu pelajar dari segi keyakinan diri, soft skill, pengucapan awam dan kendiri diri pelajar. “Program ini melatih lebih 1,000 pelajar dan berjaya mendapatkan kerja untuk mereka dari pelbagai syarikat,” katanya di Kompleks Akademik UPM. Program itu dianjurkan PPK UPM bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), My Partner Sdn Bhd (MP) dan Scicom Sdn Bhd. Sementara itu, pelatih MP, Nur Maizatulhana Othman berkata program itu juga membantu pelajar yang mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang kurang daripada 3.00 bagi memohon jawatan kosong dengan mudah sekiranya mempunyai sijil pengesahan daripada KPT, MP dan Scicom. “Program selama enam minggu ini membuktikan bahawa tidak semestinya pelajar yang memperolehi PNGK kurang daripada 3.00 tidak diterima bekerja”, katanya.
| Item Type: | UPM News |
|---|---|
| ID Code: | 12622 |
| Deposited By: | Muizzudin Kaspol |
| Deposited On: | 10 Jun 2011 12:10 |
| Last Modified: | 09 Aug 2012 12:52 |
Repository Staff Only: item control page