Keyword Search:

Pengurusan ekosistem hutan bakau Di Selangor: kajian daripada segi pelaksanaan dasar berkaitan alam sekitar di Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor

Abdul Rahman, Haliza (2008) Pengurusan ekosistem hutan bakau Di Selangor: kajian daripada segi pelaksanaan dasar berkaitan alam sekitar di Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Malaysian Journal of Mathematical Sciences, 2 (2). pp. 103-111. ISSN 1823-8343; ESSN: 2289-750X

[img] PDF
59Kb

Official URL: http://einspem.upm.edu.my/journal/volume2.2.php

Abstract

Pengurusan ekosistem hutan bakau sangat penting kerana ia akan menentukan usaha memaju dan mengagihkan sumber tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui pembentukan dasar, undang-undang serta amalan yang melibatkan teknik tertentu. Usaha-usaha memampankan ekosistem hutan bakau berdasarkan dasar yang ditetapkan memerlukan agensi-agensi kerajaan bertindak sebagai perancang dan pelaksana ditubuhkan selain dibantu oleh penguatkuasaan undang-undang dan garis panduan yang bertindak sebagai alat kawalan. Hasil soalselidik yang dilakukan di Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor menunjukkan masalah kemerosotan dan kemusnahan hutan bakau terus berlaku di Selangor disebabkan oleh dua faktor utama iaitu kekurangan pengetahuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan ekosistem hutan bakau khususnya berkaitan dasar dan perundangan yang digunapakai di kalangan kakitangan agensi berkenaan serta kegagalan mewujudkan satu bentuk pengurusan bersepadu di antara agensi-agensi yang terlibat.

Item Type:Article
Keyword:Forest mangrove; Policy; Selangor
Faculty or Institute:Faculty of Medicine and Health Science
Publisher:Institute for Mathematical Research, Universiti Putra Malaysia
ID Code:12603
Deposited By: kmportal
Deposited On:09 Jun 2011 17:38
Last Modified:04 Jun 2015 15:26

Repository Staff Only: Edit item detail