Keyword Search:

Mengaplikasi Teori Erikson, Piaget Dan Super Dalam Pembinaan Modul Kesedaran Kerjaya Untuk Pelajar Sekolah Menengah Rendah Di Malaysia

Jaamat, Mohd Ali (2010) Mengaplikasi Teori Erikson, Piaget Dan Super Dalam Pembinaan Modul Kesedaran Kerjaya Untuk Pelajar Sekolah Menengah Rendah Di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
403Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Kesedaran Kerjaya (MKK) yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu pengkaji akan melihat kesan penggunaan MKK ke atas tahap kesedaran kerjaya pelajar di sekolah menengah di Negeri Sembilan. MKK yang dibina oleh pengkaji adalah sebuah modul motivasi berbantukan fasilitator untuk memudahkan guru bimbingan dan kaunseling sekolah melaksanakan program khusus bagi menilai dan melihat tahap kesedaran kerjaya pelajar di peringkat awal sekolah menengah. MKK terdiri daripada empat unit topik utama dan mengandungi 12 aktiviti yang perlu dilaksanakan ke atas pelajar. Kombinasi reka bentuk kajian deskriptif dan kajian eksperimen telah digunakan. Kajian deskriptif bertujuan untuk menguji kesahan kandungan MKK dengan bantuan penilaian lima orang pakar modul berserta enam orang guru bimbingan dan kaunseling yang bertauliah. Kajian ini juga ingin menentukan kebolehpercayaan MKK. Untuk tujuan itu seramai 150 pelajar tingkatan dua daripada lima buah sekolah menengah di Negeri Sembilan telah dilibatkan. Kajian eksperimen pula bertujuan untuk menentukan keberkesanan MKK ke atas tahap kesedaran kerjaya pelajar dengan menggunakan Inventori Kesedaran Kerjaya (IKK) yang dibangunkan oleh Fadale (1974) dan telah diubahsuai oleh Rohany Nasir dan Dasimah Jalun (1986). Subjek kajian terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan 2 daripada lima buah sekolah bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah di Negeri Sembilan yang dipilih secara kombinasi persampelan rawak kelompok dan rawak mudah. Mereka kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen (150 orang) dan kumpulan kawalan (150 orang). Kumpulan eksperimen telah menerima rawatan menggunakan MKK sementara kumpulan kawalan tidak diberikan apa-apa rawatan. Analisis statistik inferensi menggunakan ujian-t bersandar dan ujian-t tidak bersandar dengan aras signifikan ditetapkan pada aras .01. Keputusan kajian deskriptif menunjukkan bahawa Modul Kesedaran Kerjaya yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu .93. Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah .81. Kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan tahap kesedaran kerjaya berbanding kumpulan kawalan yang tidak menunjukkan peningkatan tahap kesedaran kerjaya. Keputusan analisis inferensi menunjukkan: (i) terdapat peningkatan tahap kesedaran kerjaya yang signifikan antara nilai min ujian-pasca berbanding nilai min ujian-pra bagi kumpulan eksperimen, (ii) tidak terdapat peningkatan tahap kesedaran kerjaya yang signifikan antara nilai min ujianpasca berbanding nilai min ujian-pra bagi kumpulan kawalan, dan (iii) terdapat perbezaan yang signifikan nilai min ujian-pasca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan bagi pembolehubah tahap kesedaran kerjaya. Sebagai rumusan, boleh disimpulkan bahawa Modul Kesedaran Kerjaya (MKK) yang telah dibina, berkesan dan sesuai digunakan bagi meningkatkan tahap kesedaran kerjaya pelajar di sekolah menengah.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Career education - Negeri Sembilan - Case studies
Subject:Education, Secondary - Negeri Sembilan - Handbooks, manuals, etc
Chairman Supervisor:Sidek bin Mohd. Noah, PhD
Call Number:FPP 2010 8
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:12422
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:12 Jul 2011 01:59
Last Modified:08 Sep 2011 03:28

Repository Staff Only: Edit item detail

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.