Hubungan Persekitaran Tempat Kerja Dengan Komitmen Jururawat Di Hospital Kerajaan

Ismail, Noralai (2009) Hubungan Persekitaran Tempat Kerja Dengan Komitmen Jururawat Di Hospital Kerajaan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
468Kb

Abstract

Fenomena kekurangan jururawat yang dihadapi di dalam sesebuah hospital sememangnya bukan sahaja berlaku di dalam negara kita tetapi turut berlaku di luar negara. Kekurangan jururawat ini disebabkan oleh banyak faktor seperti penghijrahan jururawat ini ke negara-negara lain yang menawarkan tawaran pendapatan yang lebih besar, kadar jururawat yang pencen tidak seimbang dengan kadar pengambilan jururawat baru dan salah satunya adalah kekurangan jururawat ini yang dikaitkan dengan persekitaran tempat kerja. Persekitaran tempat kerja yang terdiri daripada pelbagai elemen ini dikatakan memberi kesan kepada jururawat ini terutamanya elemen komitmen kerja. Justeru, tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan antara faktor persekitaran tempat kerja dengan komitmen kerja jururawat di hospital kerajaan terpilih, yang boleh dikaitkan dengan isu kekurangan jururawat ini. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti perkaitan di antara faktor persekitaran tempat kerja dengan komitmen kerja dalam kalangan jururawat, mengenalpasti tahap komitmen kerja dalam kalangan jururawat, mengenalpasti hubungan corak pekerjaan dengan komitmen kerja, mengenalpasti hubungan pendapatan dan peluang kenaikan pangkat dengan komitmen kerja, mengenalpasti hubungan penyelia dan penyeliaan dengan komitmen kerja dan mengenalpasti hubungan sokongan rakan sekerja dengan komitmen kerja. Kajian ini dijalankan ke atas 246 orang jururawat terlatih yang bertugas di pelbagai unit di tiga hospital kerajaan. Satu set borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan persampelan rawak mudah dari setiap hospital yang terlibat. Analisis data telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian (SPSS) versi 15.0. Ujian statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk membuat interpretasi hubungan komitmen kerja dengan faktor persekitaran tempat kerja.. Bagi mengenalpasti hubungan di antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tidak bersandar, kaedah kolerasi dijalankan. Hasil kajian mendapati bahawa komitmen kerja dalam kalangan jururawat berada pada tahap sederhana dalam perkaitan dengan pendapatan dan peluang kenaikan pangkat, penyelia dan penyeliaan dan sokongan rakan sekerja manakala bagi tahap tinggi ianya merangkumi corak pekerjaan dan komitmen kerja terhadap organisasi. Secara keseluruhannya, implikasi yang didapati daripada kajian yang dijalankan adalah secara asasnya memberi implikasi kepada dua pihak yang berlainan tetapi saling berkaitan,iaitu organisasi di mana responden berkhidmat dan juga kakitangan. Justeru itu didapati juga, semua responden masih tidak sepenuhnya berpuashati terhadap aspek faktor persekitaran tempat kerja yang mana ianya mempengaruhi komitmen kerja mereka. Kajian ini mencadangkan amalan kepimpinan dan tahap pengetahuan dalam kalangan penyelia ditingkatkan serta membuka lebih banyak peluang kepada jururawat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dengan pelbagai cara yang bersesuaian dengan corak pekerjaan jururawat dan penyesuaian corak kerja yang dipraktikan di luar negara sekarang ini iaitu kewujudan magnet hospital dengan negara kita.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Hospitals - Malaysia - Employees
Subject:Work environment - Malaysia
Subject:Hospitals - Medical staff - Malaysia - Case studies
Chairman Supervisor:Prof. Madya. Dr. Norhasni Zainal Abiddin
Call Number:FPP 2009 29
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:12415
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:12 Jul 2011 02:49
Last Modified:27 May 2013 07:52

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 12 Jul 2011 02:49.

View statistics for "Hubungan Persekitaran Tempat Kerja Dengan Komitmen Jururawat Di Hospital Kerajaan "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.